Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

8 Bahaya Akan Menimpa Orang Yang Ketawa

Abul Laits berkata: “Awaslah kamu dari tertawa bergelak kerana mengandungi lapan bahaya iaitu:

* Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.
* Memberanikan orang bodoh kepadanya.
* Jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.
* Melupakan dosa-dosa yang lampau.
* Memberanikan berbuat dosa dimasa mendatang sebab bila tertawa gelak membekukan hatimu.
* Melupakan mati dan akhirat.
* Engkau menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawamu.
* Tertawa gelak-gelak itu menyebabkan banyak menangis diakhirat.

petikan: http://peribadirasulullah.wordpress.com/

2 ulasan:

salam... ustaz... salahkah ketawa?

bagaimana kalau sudah menjadi fitrah seseorang itu suka ketawa...? maksud ana...bagaimana dengan orang yang peribadinya memang happy-go-lucky..? ceria selalu? salahkah?

dan ketawa untuk meraikan suasana...menceriakan suasana juga... salah kah?

sekadar bertanya...

 

wsalam wbt..

salahkah ketawa?? jawapanya xsalah.Dalam sirah disebut kpd kita bahawa Nabi saw juga ketawa, cuma ketawa itu biarlah berpada dengan keadaan dan situasi.

sebagai contoh, kita makan nasi..xsalahkan?? tapi bila dah kenyang, kita masih lagi memaksa perut kita utk menerima makanan, maka perbuatan kita memaksa itu salah..

adakah perbuatan memaksa itu boleh dikira sebagai meraikan??jawapannya ada pada diri anda.

apa yang boleh ana sebutkan di sini, apa yang digariskan oleh Abu Lait ini lebih menjurus kepada tasauf(sufi), bagi golongan sufi sedetik kita lalai daripada mengingati Allah, itu dah dikira sebagai satu dosa. tidak semua kalam2 alim ulama' ini mampu kita tafsirkan dengan akal kita melainkan dengan merujuk kpd mereka yang lebih arif dalam bidang masing2.

p/s: bagi orang perempuan lagi2lah perlu menjaga suara mereka,walaupun peribadinya happy-go-lucky tetap ada batasanya utk ketawa, kalau ketawa tu dah macam Mak Lampir, itu bukan meraikan dan menceriakan suasana, itu dah dikira tahap melampau..

itu sahaja yang mampu ana kongsikan, mungkin sahabat boleh merujuk kepada mereka yang lebih arif dan juga sumber2 yang lain..

 

Post a comment