Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Selamat Hari Raya Eidil Fitri buat semua sahabat Blogger & FB

Selamat Hari Raya Eidil Fitri,
mohon maaf di atas segala salah dan silap.


PMRAM: IRHAM 2011 & Embun Padang Pasir




IRHAM 2011

Tarikh : 22-25 Ogos 2011
Tempat :
-Dataran Hayyu 'Asyir(Utama)
-Rumah BKAN Terengganu & Pahang.

* Tentatif dan maklumat program sila rujuk iklan.

Menarik menanti anda:

- Iftar Jama'ie & Solat Terawih berjemaah
- Forum Kemerdekaan
- Konsert Ust Azhan Atan
- Pertandingan Tilawah al Quran
- Pertandingan Pidato Kemerdekaan
- Muhadharah Ilmiah
- Wacana Semasa Mahasiswa Islam
- Majlis Khatam al Quran
- Qiamullai dan Sahur Jama'ie

Semua Dijemput Hadir




PMRAM: Buku Keluaran Terkini

Sebuah buku istimewa mengenai tentang Sejarah Islam di dalam bulan Ramadhan tulisan Muhammad Mujahid Ir Fadzil iaitu "Embun Padang Pasir". Buku ini adalah mencari dana sepenuhnya kepada Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM dalam menggerakkan program-program dakwah di peringkat PMRAM. Boleh dapatkan sempena IRHAM dengan harga LE 18 dan harga selepas IRHAM LE 20.

Tajuk Buku : Embun Padang Pasir
Karangan : Muhammad Mujahid Ir Fadzil
Harga Promosi: LE 18 (sehingga 25/8/2011)
Harga Tetap : LE 20

* Boleh didapati di Dataran Hayyu 'Asyir sepanjang program IRHAM berlangsung (22-25/8/2011) ataupun boleh memiliki terus buku tersebut dengan mengunjungi Kedai PMRAM.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
-Ketua Badan Ekonomi PMRAM : 011 907 6484
-Ketua Unit Ekonomi HEWI PMRAM : 011 228 6882







Iftor Jamaie bersama [MAPIM]& Forum Kemerdekaan Anak-anak Malaysia di Mesir



Maklumat & Tentatif Program

Hari : Isnin
Tarikh : 22 Ramadhan 1432 H/22 Ogos 2o11
Tempat : Dataran Hayyu 10
Masa : Bermula solat Asar
- Ramah Mesra Bersama Dato' Syeikh Muzaffar
- Majlis berbuka Puasa
- Solat (Maghrib+Isya'+Terawih)
- Forum Kemerdekaan
Panelis:
- Mohd Azmi Abdul Hamid (S/UA [MAPIM])
- Dr Jamnul Azhar Mulkan
- Muhamad Zuhaili Saiman (Presiden [PMRAM] 2011)

* Semua dijemput Hadir

Anjuran Bersama:
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir[PMRAM], Pegawai HEP Selangor, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia[MAPIM]

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1432 Hijrah


Makluman kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir, zakat fitrah pada tahun ini 1432 H bernilai LE 10.

Nilai ini adalah berdasarkan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Darul Ifta’ Mesir

Oleh yang demikian,bagi sesiapa yang ingin membuat pembayaran zakat, boleh dilakukan melalui Bendahari BKAN dan DPM masing-masing atau terusmembuat bayaran kepada Bendahari Kehormat PMRAM.

Pungutan zakat akan bermula daripada 19 Ogos 2011
Sebarang maklumat lanjut , boleh terus menghubungi :

Bendahari Kehormat PMRAM : +2011- 1497568
Bendahari HEWI PMRAM : + 2011-0889378

Sumber: http://www.pmram.org/v2/

Terkini: Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2011


Guna SMS untuk Bayar Zakat Fitrah

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah memutuskan bahawa :

HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau pasca bayar.
HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan mesin e-debit.
• Pihak ejen kutipan zakat (telekomunikasi) hendaklah mendahulukan bayaran zakat yang telah dibayar melalui pasca bayar sebagai jaminan bayaran yang telah diterima.
• Pihak ejen kutipan zakat adalah wakil kepada LZS dan hendaklah menghadkan tempoh masa penggunaan keadah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat yang dilakukan melepasi waktu wajib yang ditetapkan.

Budak Yang Cerdik :Abu Yazid al Bustami

6 Wasiat Ibrahim al Adham


“Wahai Ibrahim, berilah kami wasiat agar seluruh kehidupan kami bermanfaat !”.

Maka Ibrahim Al Adham menjawab :

1. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan akhirat.

2. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan memperindah penampilan fizikal maka sibukkanlah dirimu dengan memperindah dan mempercantikkan batinmu.

3. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengurus perkebunan maka sibukkanlah dirimu dengan memakmurkan kuburan.

4. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengabdikan diri kepada sesama manusia, maka sibukkanlah dirimu dengan mengabdikan diri kepada Rabbul Alamin.

5. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengatakan aib orang lain, maka sibukkanlah dirimu dengan keburukan dirimu sendiri.

6. Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai taman pertanian yang akan menghantarkan engkau ke pohon raya di akhirat kelak. 

10 Perangkap syaitan


ALLAH berfirman bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (An-Nisa: 120-121).
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitan dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itu sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya sudah menyediakan ruang kepada syaitan menapak dalam diri.
Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap menguasai tunjang dalam badan manusia.
Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:
Pertama – melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.
Kedua – melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu orang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
Ketiga – melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (an-Nahl:23)
Keempat – sifat khianat. Khianat dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
Kelima – sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Rasulullah selalu menasihati sahabat Baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan keempat daripada kalangan manusia dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
Keenam – melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering ” (Riwayat Bukhori dan Muslim).
Ketujuh – melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu berasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.” (Riwayat Muslim).
Kelapan – melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
Kesembilan – melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha memperolehnya.
Kesepuluh dan terakhir – melalui sifat buruk sangka. Seseorang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itu sebenarnya sudah rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)
petikan: http://peribadirasulullah.wordpress.com/