Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Mulakan Dengan Nama Allah...


IKHLAS adalah bersih, suci, jernih & murni. IKHLAS
umpama akar pada sebatang pohon. Pohon itu akan
berguna jika akarnya subur & kuat.

Imam Malik menyebut,terdapat 4 ciri-ciri ORANG YANG
TIDAK IKHLAS
:


*MALAS JIKA SENDIRIAN
*RAJIN JIKA ADA ORANG YANG MELIHAT
*SUKA APABILA DIPUJI
*BERHENTI APABILA DIKEJI.


Begitulah pentingnya ikhlas dlm kehidupan manusia
sehingga Allah mengabadikan satu drpd 114 surah yg
terdpt dlam Al-Quran dgn nama Surah al-Ikhlas.