Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Pejabat Facebook tidak mewah disangkakan

SEBUAH meja dan bangku dalam sebuah bilik untuk pekerja di ibu pejabat Facebook.

MENLO PARK, California - Ibu pejabat baru Facebook di , Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai ciri-ciri kemewahan walaupun ia merupakan antara laman web paling kaya di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiada permaidani dan hiasan dalaman yang mewah dalam pejabat tersebut.

Terdapat banyak paip terdedah yang dibaluti kertas kerajang perak dengan wayar bergantungan dalam bangunan ibu pejabat berkenaan.

Gambar-gambar ruang dalaman ibu pejabat baru Facebook yang dibina di kawasan seluas 23 hektar di sini disiarkan dalam laman web berkenaan awal bulan ini.


Para pengunjung mungkin terkejut kerana kedatangan mereka disambut dengan siling terbuka dan lantai konkrit tanpa karpet atau sofa mewah.

Ruang dalaman itu yang lebih menyerupai kilang banyak menggunakan kotak kayu yang diubah suai sebagai meja manakala susun atur tempat duduknya pelik kerana ada yang menghadap dinding.

Walaupun bangunan berkenaan mempunyai kapasiti untuk menempatkan 9,000 pekerja, Facebook kini mempunyai sekitar 2,000 kakitangan yang bekerja di prem
is barunya itu.

Laman Facebook yang bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) diramalkan memperoleh pendapatan sekitar AS$2 bilion (RM6 bilion) pada tahun ini.

Berdasarkan maklumat majalah Forbes, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Marck Zuckerberg merupakan orang ketiga paling kaya di dunia dalam sektor teknologi maklumat.

Zuckerberg yang berusia 27 tahun dilaporkan memiliki kekayaan sehingga mencecah AS$18 bilion (RM54.5 bilion). - Agensi

Sumber: http://www.kosmo.com.my/








Enjin kapal Flotilla disabotaj pihak misteri

Khamis, 30/06/2011 – Pihak tidak dikenal pasti yang disyaki sebagai ajen Mossad Zionis pada hari Isnin (27 Jun) telah mensabojat salah sebuah kapal dari Freedom Flotilla 2 di pelabuhan Greek sebelum kapal tersebut memulakan pelayaran menuju Gaza yang terpenjara sejak 5 tahun berturut-turut.

Rami Abdouh, anggota “konvoi Eropah untuk menghentikan kepungan Gaza” berkata dalam kenyataan hari ini : “sebuah entiti yang tidak dapat dikenalpasti telah merosakkan enjin salah satu kapal konvoi Eropah, dan sekarang para jurutera khas kapal sedang cuba membaiki enjin tersebut, yang mungkin memerlukan masa selama 2 hari.”

Abdouh mengecam “perancangan berterusan dan ancaman Israel” terhadap Freedom Flotilla, dan menegaskan bahawa Freedom Flotilla “akan terus berlayar dan samp
ai ke Tebing Gaza walau apa pun kesukaran yang terpaksa dihadapi”, dan turut mengingatkan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kekejaman lanun Zionis.

sumber: http://palestinkini.info/



Fakta Menarik Perkataan Subhana سبحان


“Maha Suci AlLah SWT yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad bin AbdulLah SAW) pada satu malam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) yang telah KAMI berkati di sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya (Muhammad bin Abdullah SAW) sebahagian daripada ayat KAMI (tanda kemahaagungan, kemahahebatan, kemahaperkasaan AlLah SWT). Sesungguhnya DIA Maha Mendengar lagi Maha Melihat” al- Isra’ : 1

Info al Quran

Perkataan Subhana
سبحن dirakamkan sebanyak 18 tempat,
Perkataan Subhanaka سبحنك dirakamkan sebanyak 9 tempat,
Perkataan Subhanahu سبحنه dirakamkan sebanyak 14 tempat dalam al Quran.

AlLah SWT memulakan kisah & peristiwa Isra’ & Mikraj dengan kalimah pujian ‘Subhana’ (Maha Suci AlLah SWT) dalam masa yang sama AlLah SWT mengajar kita sebagai hamba-NYA tatacara untuk memuji dan memuja-NYA dengan kalimah keramat ‘Subhana’.

Sedarkah kita bahawa, perkataan Subhana telah kita ulang sebut tidak kurang hampir -+150 kali sehari tanpa paksaan, andai kata sebutan ini ditukar menjadi wang @ pun dinar emas, nescaya kita mampu untuk bergelar sebagai seorang jutawan!!!. Setiap rakaat solat kita akan menyebut 9 kali سبحن

3 kali dibaca semasa ruku’ &
6 kali pula dilafazkan sewaktu dua kali sujud, menjumlahkan

-36 kali ‘Subhana’ kita kumandangkan untuk solat Zuhur,
-36 kali Subhana’ untuk solat Asar,

-27 kali Subhana’ untuk solat Maghrib,
-36 kali Subhana’ untuk solat Isya’, dan
-18 kali Subhana’ untuk solat Subuh.

-36+36+27+36+18 =148 sehari x 30 hari sebulan = 4440 x 12 bulan setahun = 53 280

-Jika 10 tahun kita solat, = ‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 532 800
-Jika 20 tahun kita solat, = ‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 1 065 600
-Jika 30 tahun kita solat, =‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 1 598 400
-Jika 40 tahun kita solat, =‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 2 131 200
-Jika 50 tahun kita solat, = ‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 2 664 000
-Jika 60 tahun kita solat, = ‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 3 196 800
-Jika 70 tahun kita solat, =‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 3 729 60
0

Jumlah ini belum lagi dikira atau dijumlahkan dengan tasbih SubhanalLah 33 kali yang kita kumandangkan setiap kali setelah selesai solat.Jika dicampur dengan jumlah ini tentunya jumlah SubhanalLah yang kita sebut setiap hari pasti bertambah.

33 x setiap kali selepas solat didarap 5x sehari = 165 kali x 30 hari sebulan = 4950 x 12 bulan setahun = 59 400 kali

Jika 10 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 594 000
kali

Jika 20 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 1 188 000
kali

Jika 30 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 1 782 000
kali

Jika 40 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 2 376 000
kali

Jika 50 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 2 970 000
kali

Jika 60 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 3 564 000
kali

Jika 70 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 4 158 000
kali

Jadi kita berSubhanalLah setiap hari sama ada dalam solat atau selepas solat adalah seperti berikut;

Subhana dalam solat sehari 36+36+27+36+18 =148 kali
+ SubhanalLah selepas solat 33 kali x 5 kali sehari = 165 kali = 313 kali sehari(sama dengan jumlah para rasul yang diutus AlLah SWT memakmurkan bumi)

Subhana dalam solat sebulan 148 kali x 30 hari= 4440 kali
+SubhanalLah selepas solat sebulan 165 kali x 30 hari= 4950 kali = 9430 kali sebulan

Subhana dalam solat setahun 4 440 x 12 bulan = 53 280
+ SubhanalLah selepas solat setahun 4950 x 12 bulan = 59 400
= 112 680 kali setahun

Subhana dalam solat 10 tahun 532 800
+ SubhanalLah selepas solat 594 000 = 1 126 800

Subhana dalam solat 20 tahun 1 065 600
+SubhanalLah selepas solat 1 188 000 = 2 253
600

Subhana dalam solat 30 tahun 1 598 400
+ SubhanalLah selepas solat 1 782 000 = 3 380 400

Subhana dalam solat 40 tahun 2 131 200
+ SubhanalLah selepas solat 2 376 000 = 4 507 200

Subhana dalam solat 50 tahun 2 664 000
+ SubhanalLah selepas solat 2 970 000 = 5 634 000

Subhana dalam solat 60 tahun 3 196 800
+ SubhanalLah selepas solat 3 564 000 = 6 760 800

Subhana dalam solat 70 tahun 3 729 600
+ SubhanalLah selepas solat 3 564 000 = 7 293 600 KALI

SubhanalLah, andai kata kita telah solat 10 tahun, bermakna kita telah mengudarakan SubhanalLah lebih daripada sejuta kali. Kita telah lama sebetulnya menjadi JUTAWAN TASBIH.

sumber: Abdan Syakuura




Sembah Bangunan Kotak Hitam

Gambar Hiasan
Kafir: ‎Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah

Kafir: Baitullah tu apa?

Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.

Kafir: Allah ada dalam tu?

Muslim: Tak..

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?

Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...

Kafir: Kau sembah apa?

Muslim: Aku sembah Allah SWT.

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?

Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.

Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah Kaabah la.

Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?

Kafir: Pernah.. selalu...

Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?

Kafir: Tengok perlawanan bola la.

Muslim: Di mana?

Kafir: Dalam TV la...

Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.

Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...

Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

Kafir: Jadi...?

Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?

Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...

Muslim: Peliknya...

Kafir: Sebab apa pulak pelik?

Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...

Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...

Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?

Kafir: Ya.. tak pelik

Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...

Kafir: Erk.. kau betul..


Petikan: http://www.soutulmujahid.com/


Merindui Generasi Al Quran Yang Unik 1

Merindui Generasi Al Quran Yang Unik 2

Merindui Generasi Al Quran Yang Unik 3

Merindui Generasi Al Quran Yang Unik 4

Merindui Generasi Al Quran Yang Unik 5

Merindui Generasi Al Quran Yang Unik 6

Merindui Generasi Al Quran Yang Unik 7

Merindui Generasi Al Quran Yang Unik 8

4 Rahsia Zuhud- Hassan Al Basri


سُئل الحسن البصرى عن سر زهده فى الدنيا فقال أربعة أشياء :
علمت أن رزقى لا يأخذه غيرى فاطمأن قلبى ،

وعلمت أن عملى لا يقوم به غيرى فاشتغلت به وحدى ،

وعلمت أن الله مطلع عليّ فاستحييت أن يرانى عاصيا ً،

وعلمت أن الموت ينتظرنى فأعددت الزاد للقاء ربى.



Hassan Al-Basri menjawab pertayaan tentang rahsia zuhud :

>Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, maka hatiku tenang.

>Aku tahu amalanku tidak akan dilaksanakan oleh orang lain, maka aku sibukkan diri untuk melakukannya.

>Aku tahu Allah SWT sentiasa memerhatikan diriku, maka aku malu untuk melakukan maksiat terhadapNya.

>Aku tahu kematian sentiasa menungguku, maka aku akan sentiasa menambah amalanku untuk menghadapi pertemuan dengan Allah SWT.

petikan: http://peribadirasulullah.wordpress.com/






Carilah Hatimu



يقول ابن مسعود :
اطلب قلبكَ في ثلاثةِ مواطن :
عند سماع القرآن ؛ وفي مجالس الذكر؛ وفي أوقات الخلوة ؛ فإن لم تجده
في هذه المواطن ؛ فسأل الله أن يَمُنْ عليك بقلبٍ فإنه لا قلب لك‏

Ibnu Masud berkata ” Bentuklah hati kamu dengan tiga perkara , pertama dengan mendengar Al-Quran, Kedua Dengan Majlis yang membawa kepada ingatkan Allah SWT, Ketiga ingat kepada Allah SWT ketika sunyi. Pohonlah kepada Allah SWT supaya kamu memiliki hati, jika kamu tidak memiliki 3 perkara tersebut, maka sesungguhnya kami tidak memiliki hati “.

petikan: http://peribadirasulullah.wordpress.com/





4 Golongan Manusia-Syeikh Abdul Qadir Jailani

Menurut Syekh Abdul Qadir Jailani, bahwa manusia itu dapat dikelompokkan menjadi empat golongan, iaitu :

1. Manusia yang tidak mempunyai lisan dan hati, senang berbuat maksiat, menipu serta dungu. Berhati-hatilah terhadap mereka dan jangan berkumpul dengannya, karena mereka adalah orang-orang yang mendapat siksa.


2. Manusia yang mempunyai lisan, tapi tidak mempunyai hati. Ia suka membicarakan tentang hikmah atau ilmu, tapi tidak mau mengamalkannya. Ia mengajak manusia ke jalan Allah Swt. tapi ia sendiri justru lari dari-Nya. Jauhi mereka, agar kalian tidak terpengaruh dengan manisnya ucapannya, sehingga kalian terhindar dari panasnya kemaksiatan yang telah dilakukannya dan tidak akan terbunuh oleh kebusukan hatinya.

3. Manusia yang mempunyai hati, tapi tidak mempunyai ucapan (tidak pandai
berkata-kata). Mereka adalah orang-orang yang beriman yang sengaja ditutupi oleh Allah Swt. dari makhluk-Nya, diperlihatkan kekurangannya, disinari hatinya, diberitahukan kepadanya akan bahaya berkumpul dengan sesama manusia dan kehinaan ucapan mereka. Mereka adalah golongan waliyullah (kekasih Allah) yang dipelihara dalam tirai Ilahi-Nya dan memiliki segala kebaikan. Maka berkumpullah dengan dia dan layanilah kebutuhannya, nescaya kamu juga akan dicintai oleh Allah Swt.

4. Manusia yang belajar, mengajar dan mengamalkan ilmunya. Mereka mengetahui Allah dan ayat-ayat-Nya. Allah Swt. memberikan ilmu-ilmu asing kepadanya dan melapangkan dadanya agar mudah dalam menerima ilmu. Maka takutlah untuk berbuat salah kepadanya, menjauhi serta meninggalkan segala nasihatnya.

Semoga kita semua tidak termasuk kepada golongan yang pertama dan yang kedua dan semoga pula kita dilindungi dari golongan seperti itu.

sumber: http://peribadirasulullah.wordpress.com/




Penghulu Istighfar




اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ،
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau
 خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ
Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu.
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ
Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku.
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ
Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى
Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan,
  فَاغْفِرْ لِى  فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،
Oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.


Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu ia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka ia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu ia meninggal dunia sebelum pagi hari maka ia termasuk dari ahli syurga". 
(H.R Imam Bukhari)




Bagi 1 Dapat 7 Untung 700

Gambar Hiasan

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. [ Al Baqarah 261 ]

"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita". [Al Baqarah 262]

Kesimpulan:
# Beramal apa sahaja mestilah dengan niat yang ikhlas kepada Allah.

# Jangan meletakkan ada saingan dengan Allah. Beramallah kerana Allah. Hanya Allah yang disembah tanpa saingan. Yang lain daripada Allah adalah makhluk yang dicipta Allah.

# Menyebut-nyebut pemberian sama ada bentuk pertolongan, bantuan kemanusiaan, infaq dan lain-lain akan menyebabkan pahala berkurangan. Orang yang beriman hendaklah memberi pertolongan tanpa menginginkan pembalasan. Melakukan khidmat adalah kerana Allah SWT semata.




Allah SWT Maha Mengetahui



"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." -Al Baqarah 216



Jenis-Jenis CINTA


Begitu banyak peluang yang ALLAH SWT berikan, yang Rasulullah SAW tunjukkan, untuk menjadi mulia dengan cinta. Bukan menjadi terhina dan terpuruk, kerananya. Semoga hadis-hadis cinta ini bisa mengantarkan kita untuk sedikit demi sedikit memahami cinta yang menyelamatkan. Cinta yang menerbangkan kita ke syurgaNya, insyaALLAH.


CINTA YANG MEMBERIKAN CAHAYA


Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba ALLAH itu ada satu golongan, mereka bukan dari golongan para nabi atau pun syuhada', tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka, tempat mereka di sisi ALLAH SWT. Kata para sahabat: "Khabarkan kepada kami siapa mereka?

Rasulullah SAW bersabda: "Mereka adalah satu kaum yang saling mencintai kerana ALLAH, bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan. Demi ALLAH, di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya. Ketika manusia takut, mereka tidak takut. Ketika manusia bersedih, mereka tidak bersedih. Dan mereka berkata, sesungguhnya wali-wali ALLAH tidak takut dan tidak sedih.“ HR Abu Daud.

CINTA YANG MENGGUGURKAN DOSA

Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa kedua-duanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih di laut. - HR Tabrani.

CINTA YANG MEMBERIKAN KETEDUHAN

Sesungguhnya ALLAH SWT pada hari kiamat berfirman: " Di manakah orang yang cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu. - HR Muslim.

CINTA YANG BERBALAS CINTA

ALLAH SWT berfirman: Pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung-mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.“ Hadis Qudsi.

KERANA CINTA, DICINTAINYA

Bahawa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu ALLAH SWT mengutus malaikat untuk mengekorinya. Tatkala malaikat menemaninya, malaikat berkata: Kamu mahu ke mana?

Ia menjawab: Aku ingin mengujungi saudaraku di desa ini.

Malaikat terus bertanya: Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepada saudaramu?

Ia menjawab: Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana ALLAH SWT

Malaikat berkata: Sesungguhnya aku diutus ALLAH kepadamu, bahawa ALLAH mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut keranaNya. - HR Muslim.


TIGA CINTA YANG MANIS

Tiga perkara, yang barangsiapa memilikinya, ia dapat merasai manisnya iman, iaitu cinta kepada ALLAH dan Rasul melebihi cintanya kepada selain kedua-duanya, cinta kepada seseorang kerana ALLAH dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakan ke dalam api neraka.- HR Bukhari dan Muslim.

Sumber: http://pondokhearty.ning.com/









20 Fakta Tentang Negara Haram Israel

Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :

Gambar Hiasan

1. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.
2. Selain bangsa Yahudi, bangsa lain dilarang me
mbeli atau menyewa tanah di Israel.

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa Yahudi dan non Yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh
penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Setiap bangsa Yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres te
ntang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

Gambar Hiasan

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.


8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada t
ahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apa pun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Isra
el hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa Yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa Yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika @ A
PCO untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David Ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa a
rab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Isra
el untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……
Gambar Hiasan

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.


16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah Negara Rasis dan Apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin.

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

Sumber: http://kppcz.blogspot.com/