Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Salam Imtihan Buat Semua Mahasiswa/wi Islam Mesir











Sumber: KITA PMRAM

Kisah Perangkap Tikus

Seekor tikus mengintip disebalik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya?

Dia terkejut sekali, ternyata bungkusan it
u berisi perangkap tikus.Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan,

"Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, awaslah, ada perangkap tikus di dalam rumah!"

Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap menggaruk tanah, mengangkat kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku, Pak Tikus, aku tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tak
ada masalahnya. Jadi jangan buat aku peninglah."

Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing, katanya, "Ada perangkap tikus di
dalam rumah, sebuah perangkap tikus dirumah!" "Wah, aku menyesal dengar khabar ini," si kambing menghibur dengan penuh simpati, "tetapi tak ada sesuatupun yang bisa kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa doaku!"

Tikus kemudian berbelok menuju si lembu. " Oh? sebuah perangkap tikus, jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa. Jadi tikus itu kembalilah kerumah,kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaks
a menghadapi perangkap tikus itu sendirian.

Malam itu juga terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Di dalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke hospital.

Dia kembali ke rumah dengan demam. Sudah menjadi kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup ayam segar, jadi petani itu pun mengambil goloknya dan pergilah dia ke belakang mencari bahan bahan untuk
supnya itu. Penyakit isterinya berlanjutan sehingga teman teman dan jiran tetangganya datang menjenguk, dari jam ke jam selalu ada saja para tamu.

Petani itu pun menyembelih kambingnya untuk memberi makan
para pengunjung itu. Isteri petani itu tak kunjung sembuh. Dia mati, jadi makin banyak lagi orang orang yang datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu terpaksalah menyembelih lembunya agar dapat menjamu makan orang orang itu.

Moral kisah ini:


Apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu tiada kaitan dengan anda, ingatlah bahawa apabila ada 'perangkap tikus' didalam rumah, seluruh 'ladang pertanian' ikut menanggung risikonya .


Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan dari baiknya.

sumber: http://cerita-tauladan.blogspot.com/




Tazkirah: Pelajaran Sang Kodok

Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh ke dalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahawa mereka lebih baik mati.

Kedua kodok tersebut tak menghiraukan k
omentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Gambar Hiasan

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang
lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja.

Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.
Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.

Renungan :

Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang ya
ng sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.

Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya.

Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.
Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit dari keputusannya, kejatuhannya, atau pun kemalangannya.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.


sumber: http://cerita-tauladan.blogspot.com/









Kenyataan PMRAM: Keselamatan Terkawal

KUALA LUMPUR: Ibu bapa pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti di Mesir diminta tidak bimbang mengenai keselamatan anak mereka berikutan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sentiasa menghulurkan bantuan selain memantau keadaan mahasiswa Malaysia di negara itu dari semasa ke semasa.

Presiden PMRAM, Muhamad Zuhaili Saiman berkata, tahap keselamatan pelajar Malaysia di negara itu terkawal dan stabil serta tidak sebagaimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Beliau berkata, sesetengah pihak menyebarkan berita agak keterlaluan mengenai keselamatan pelajar Malaysia di Mesir sehingga menyebabkan pihaknya menerima aduan kebimbangan daripada ibu bapa pelajar.

“PMRAM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Kementerian Perpaduan Masyarakat Mesir dan mempunyai hubungan baik dengan pihak keselamatan negara itu dalam menjaga kebajikan pelajar negara ini di Mesir.

“Sehubungan itu, kita sentiasa mendapat bantuan daripada pihak keselamatan di sini, (Mesir) dalam menjaga kebajikan pelajar dan kita menganggap isu yang berkaitan keselamatan yang cuba diperbesarkan adalah tindakan kurang wajar kerana menyebabkan ketakutan kepada waris di tanah air,” katanya melalui satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Harian Metro di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata, semua institusi pengajian di Mesir ketika ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah tidak kira dalam bidang Pengajian Islam mahupun bidang Perubatan.

Katanya, pelajar kini dalam peringkat mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan akhir semester yang dijangka dijalankan awal bulan depan untuk bidang Pengajian Islam manakala peperiksaan bagi bidang Perubatan sudah bermula.

“Sehubungan itu, PMRAM berharap rakyat Malaysia mendoakan kejayaan pelajar di sini (Mesir),” katanya.


Sumber: http://www.hmetro.com.my/





Tazkirah: Kisah Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki di sebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

"Alangkah tak malunya lelaki ni..... dah la tak mintak dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!! " rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wan
ita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.

Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.

"Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat
duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

"Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..." getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral: Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki
datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.


Sumber: http://cerita-tauladan.blogspot.com/


Imtihan Mahasiswa Qiraat dan Pelajar Maahad Buuth: PMRAM Doa Kejayaan.


KAHERAH, 7 Mei - Barisan Kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT Hewi PMRAM 2011 mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa Qiraat dan pelajar Di Maahad Buuth.

Di samping itu, PMRAM menyeru kepada semua mahasiswa-mahasiwa bagi mempertingkatkan hubungan bersama Allah Taala, memperbaiki hubungan sesama sahabat handai, memperbanyakkan muhasabah diri dan ibadah kerohanian yang lain. Perkara ini bertepatan dengan konsep tawakal yang sentiasa diterapkan kepada ahli PMRAM bagi menghasilkan generasi Rabbaniyah yang unggul.

Oleh itu, PMRAM menyeru kepada semua ahli bagi sama-sama mendoakan kejayaan sahabat-sahabat kita yang sedang dan akan menghadapi imtihan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW "Perumpamaan orang mukmin itu daripada sudut kasih sayang adalah seumpama satu jasad yang apabila sakit satu anggota badan, maka seluruh anggota lainnya akan turut merasa sakit dan berjaga malam."

Sumber: http://pmram.org/






Salam Imtihan..






Selamat Menempuh Imtihan Buat Semua Mahasiswa/wi
Maahad Qiraat Shoubra dan
Maahad Qiraat al Fatayat Mansurah..

Siru A'la Barakatillah
Bittaufiq Wan Najah







MENUDUH ORANG DENGAN SUMPAH LAKNAT

1. Menuduh orang lain dengan suatu tuduhan perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat. Kerana ia boleh memberikan implikasi yang besar kepada yang dituduh. Bahkan keluarga dan maruah yang dituduh akan tercalar. Sebab itulah Islam membezakan di antara hukum menuduh seseorang melakukan zina dikenakan had qazaf, dengan hukum menuduh seseorang telah kufur tanpa dikenakan sebarang hukuman had.

2. Sumpah dalam bahasa Arab disebut al-yamin, al-halaf atau al-qasam yang bermaksud komitmen. Ia juga membawa arti komitmen terhadap sesuatu hukum dengan menyebut nama Allah yang Maha Agung. Ia tidak disyaratkan untuk memegang al-Quran ketika melakukan sumpah. Tetapi ia mestilah dengan menyebut nama Allah sama ada wallahi, wabillahi atau watallahi. Tidak boleh menggunakan selain nama Allah atau sifat-sifatNya. Firman Allah Azza wa Jalla dalam surah al-Maidah ayat 106:


Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah kamu tahan mereka selepas selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (demi Allah).

3. Terdapat hadith yang menunjukkan bahawa nabi SAW bersumpah dengan sifat-sifat Allah seperti ‘Demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya’. Namun nabi SAW melarang seseorang bersumpah dengan selain daripada Allah SWT. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:

Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT melarang kamu daripada bersumpah dengan ayah-ayah kamu, barangsiapa yang ingin bersumpah maka
hendaklah bersumpah dengan Allah, atau hendaklah diam. (Riwayat Muslim)

4. Terdapat pelbagai hukum tentang bersumpah ini. Para ulama’ mazhab Hanafi dan Maliki menyatakan bahawa hukumnya harus, tetapi jika terlalu banyak bersumpah maka ia dicela. Manakala ulama’ mazhab Shafie pula menyebut bahawa asal hukum bersumpah adalah makruh kecuali dalam perkara ketaatan, pendakwaan di hadapan hakim dan keperluan agama. Selain itu, nabi SAW menjelaskan kepada kita terdapat juga sumpah ghamus, diriwayatkan daripada Abddullah bin ‘Amru RA bahawa nabi SAW bersabda:

Dosa besar itu ialah syirik kepada Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh orang dan sumpah ghamus. (Riwayat al-Bukhari)

Ia disebut sebagai ghamus maknanya tenggelam kerana dengannya seseorang akan tenggelam di dalam neraka. Imam al-Kasani (587H) menyatakan:

Adapun hukum bersumpah dengan Allah SWT berbeza-beza mengikut jenis sumpahnya. Sumpah ghamus hukumnya wajib kaffarah dengan bertaubat dan istighfar kerana ia sangat berani. (al-Kasani, Bada’i al-Sana’i)

5. Laknat pula berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyebut perkataan laknat, dan kesimpulannya hanya Allah Azza wa Jalla yang berhak untuk melaknat seseorang atau kaum yang melakukan kezaliman, pendustaan, kekufuran dan kerosakan. Antaranya firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 44:

Dan (apabila ahli-ahli syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami kepada kami, semuanya benar. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh tuhan kamu itu semuanya benar?. Mereka menjawab: Benar ada. Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua kumpulan itu) menyatakan: Bahawa laknat Allah menimpa ke atas orang-orang yang zalim.

6. Telah berlaku di Malaysia pada minggu lepas, individu bersumpah laknat sambil memegang al-Qur’an di dalam sebuah masjid, dengan tujuan menuduh seseorang yang lain. Persoalannya ialah adakah wujud sumpah laknat dalam Islam? Dan bolehkah menuduh orang lain dengan bersumpah?. Bagi persoalan ini, asasnya adalah sebagaimana yang dinyatakan di atas. Kemudian kita perlu memahami pula bahawa sumpah yang diiringi dengan laknat hanya berlaku dalam dua keadaan sahaja, iaitu sama ada li’an di antara suami isteri atau yang kedua ialah mubahalah. Yang lebih penting untuk diperhatikan ialah kedua-keduanya perlu dilakukan di antara dua belah pihak yang perlu hadir bukannya seorang sahaja.

7. Li’an berlaku jika seorang suami ingin menuduh isterinya melakukan zina. Asal dalam tuduhan zina ialah penuduh mesti mendatangkan empat orang saksi dengan syarat-syarat tertentu. Ini salah satu kaedah mensabitkan kesalahan zina selain daripada iqrar (pengakuan) dan qarinahli’an, iaitu sumpah sebanyak empat kali dan yang kelima adalah sumpah dengan laknat. Tiada suami yang sengaja menuduh isterinya melakukan zina secara bermain-main melainkan ia serius, kerana kesannya adalah perpisahan. Firman Allah Azza wa Jalla dalam surah al- (bukti iringan). Oleh kerana mendatangkan empat orang saksi bagi seorang suami adalah sukar maka Islam memberi kelonggaran (rujuk asbab al-nuzul) dengan menggantikannya dengan hukum Nur ayat 6-9:

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah empat kali: bahawa sesungguhnya dia daripada orang-orang yang benar. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia daripada orang-orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa daripada isteri (yang dituduh) itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah empat kali: bahawa sesungguhnya suaminya (yang menuduh) itu adalah daripada orang-orang yang berdusta. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika suaminya daripada orang-orang yang benar.

8. Manakala Mubahalah, ia pernah berlaku pada zaman nabi SAW. Baginda SAW mengajak penganut nasrani daripada Najran supaya melakukan mubahalah, ia berkaitan dengan nabi Isa. Pada awalnya kaum nasrani Najran bersetuju, tetapi akhirnya menarik diri dan bersetuju membayar jizyah. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 61:

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya (nabi Isa), sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah, supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.

9. Imam al-Qurtubi (671H) ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan:

Dan demikian itu, nabi SAW datang bersama-sama Hasan, Husin dan Fatimah berjalan di belakangnya, dan Ali di belakang Fatimah, baginda berkata: Jika aku berdoa maka hendaklah kamu beriman. Ia adalah makna bagi ayat ‘dan marilah kita bermubahalah’ iaitu bersungguh-sungguh berdoa. Daripada Ibn ‘Abbas, Abu Ubaidah dan al-Kasa’ie: marilah kita melaknat. Dan asal bagi ibtihal (mubahalah) ialah bersungguh-sungguh dalam berdoa dengan laknat atau selainnya. (al-Qurtubi, Jami’ li Ahkam al-Qur’an)

10. Adapun menuduh orang lain melakukan zina maka hendaklah dengan baiyinah (bukti). Baiyinah ini berbeza-beza mengikut konteks, jika dalam hal luqatah (barang yang tercicir) seseorang yang mendakwa ia kepunyaannya, maka baiyinah dengan menyebut sifat-sifat barang tersebut, manakala dalam konteks ini maka empat orang saksi menjadi baiyinah. Adapun bagi yang dituduh, jika ingin menolok tuduhan maka hendaklah bersumpah. Inilah kaedah yang diajar oleh nabi SAW, diriwayatkan bahawa nabi bersabda:

Baiyinah (bukti) bagi yang menuduh dan yamin (sumpah) bagi yang ingkar (dituduh).

11. Terdapat riwayat yang menyatakan bahawa nabi pernah meminta kepada seorang yang menuduh untuk melakukan sumpah bukannya dengan baiyinah sebagaimana kaedah umum di atas. Seorang sahabat nabi SAW telah dibunuh oleh seorang Yahudi, maka saudara mangsa membuat tuduhan tetapi tiada sebarang bukti, maka nabi SAW memintanya bersumpah. Dalam hal ini ia berkaitan dengan tindakan nabi SAW sebagai seorang qadhi atau hakim. Oleh itu kalaupun diterima bahawa seorang penuduh atau pendakwa boleh bersumpah maka ia mestilah dengan arahan qadhi atau hakim di dalam mahkamah, kerana konteksnya berbeza. Ini berdasarkan kepada kaedah pembahagian tindakan nabi SAW kepada tiga, iaitu sama ada sebagai ketua negara, hakim atau rasul.

Oleh itu, perlu diperhalusi sesuatu konteks sebelum kita membuat kesimpulan umum bagi sesuatu perkara. Inilah yang dinyatakan oleh Abu al-Khatab berkaitan dengan sumpah, katanya:

Bersumpah itu disyariatkan pada semua hak melainkan sembilan perkara; iaitu nikah, rujuk, talak, hamba, al-wala’, al-istilad, keturunan, qazaf dan qisas.

12. Jelas bahawa Islam adalah agama yang menjaga maruah manusia dan sangat tegas mempertahankannya. Oleh sebab itu, jika penuduh gagal mendatangkan empat orang saksi maka secara automatik ia telah menjadi qazaf (melempar tuduhan). Walaupun yang dituduh adalah lelaki tetapi ia diqiaskan kepada wanita sebagaimana dalam ayat, maka hukumnya sama. Pada waktu ini penuduh yang bakal dikenakan hukuman sebat, bukannya yang dituduh. Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 4:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

13. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Hilal bin Umaiyah menuduh (qazaf) ke atas Syarik bin al-Sahmaa’ lalu dibawa berjumpa nabi SAW, baginda bersabda:

Empat orang saksi, jika tidak belakangmu akan disebat. (Riwayat al-Nasa’ie)

Dalam hal ini Ibn Qudamah al-Hanbali (620H) menegaskan:

Jika tidak cukup bilangan saksi bagi tuduhan zina, maka ke atas mereka (pendakwa) hukuman sebat menurut pendapat kebanyakan para ilmuan. (Ibn Qudamah, al-Mughni)

Kesimpulannya

1. Menuduh orang lain hendaklah dengan bukti bukannya dengan cara bersumpah, jauh sekali dengan sumpah laknat.
2. Hendaklah mengikut tatacara dan prosedur sumpah yang disyariatkan.
3. Hukuman had qazaf adalah sangat berat.


sumber: http://hjanhar.blogspot.com/






Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke 78

http://pmram.org/

Muktamar Sanawi Kali Ke 78
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
& Muktamar Hewi PMRAM Kali Ke 24

" Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah"
" Kesatuan Ukhuwwah Menifestasi Tarbiah"

Tarikh:
3&4 Mei 2011

Hari:

Selasa & Rabu


Tempat:
Dewan Solah Abdullah Kamil
Universiti Al Azhar

Selamat Bermuktamar Buat Semua Kepimpinan
Badan Pengurus & HEWI PMRAM 2010










Kisah Sebiji Tembikai

Pada suatu hari, ada seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi rahimahullah telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah itu tidak elok!. maka marah-marahlah isteri Syaqiq.

Lalu bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:

"Kepada siapakah engkau tujukan kemarahanmu itu wahai isteriku? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau pencipta buah itu?"
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

"Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Ada pun si pembeli jua sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kapada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan dia pun redhalah dengan a
pa yang ditentukan oleh Allah swt..

Sumber: http://hewikuin.blogspot.com/