Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

DUHAI PEMUDA, KENAPA PERLU BERKAHWIN?


Perkahwinan adalah kaedah terbaik bagi menolong menguatkan agama dan menghindari bisikan syaitan. Ia adalah benteng pertahanan daripada musuh-musuh Allah dan orang mukmin. Perkahwinan adalah penawar terbaik bagi mengubati jiwa yang kesunyian. Perkahwinan juga penawar terbaik bagi memenuhi segala kehendak dan keinginan manusia terhadap satu sama lain. Sesungguhnya perkahwinan adalah salah satu perkara yang sangat dibenci oleh syaitan apabila ia dilakukan oleh orang yan beriman.

Sabda Rasulullah S.A.W (maksudnya), "Apabila salah seorang daripada kamu melihat seorang wanita, lalu dia tertarik kepada wanita itu, maka dia harus kembali kepada isterinya, kerana hal ini akan dapat menepis apa yang ada dalam jiwanya." - Riwayat Muslim

Allah Taala melarang sama sekali umatnya untuk hidup membujang seperti para pendeta yang beranggapan mereka harus focus kepada keperluan jiwa sahaja. Hal ini merupakan satu penyimpangan yang jelas daripada fitrah manusia yang berkaitan dengan keperluan biologi seorang manusia tersebut.

Berkahwin dan berkeluarga merupakan sunnatullah dan juga sunnah Rasulullah S.A.W yang harus diikuti oleh manusia yang beriman. Dengan perkahwinan, keinginan nafsu dapat dipenuhi dalam bingkai Ilahi. Dan nikah ini juga mestilah secara syari’e bukan sesame jenis seperti apa yang sudah berlaku di Negara Eropah malah sudah mula menjangkiti umat manusia di bumi Malaysia.

"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawwa'); dan dari pada keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." - Surah an-Nisa':1

Sudah menjadi fitrah manusia, yang lelaki pasti akan tertarik kepada perempuan. Begitu juga sebaliknya. Lantaran itu Islam menggalakkan perkahwinan. Ini bagi memenuhi fitrah. Sekiranya tidak melalui proses perkahwinan, pelbagai keburukan pasti berlaku. Perkahwinan boleh mencegah perbuatan-perbuatan keji seperti zina. Rasulullah s.a.w. sendiri menegah umatnya menghampiri zina. Apabila seseorang lelaki melihat seorang perempuan, dengan pandangan syahwat, dia perlu segera kembali ke rumah dan mendapatkan isterinya kerana apa yang dimiliki oleh perempuan yang dilihatnya itu juga dimiliki oleh isterinya.

Firman Allah Taala :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan bagimu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." - Surah al-Rum:21

Firman Allah Taala lagi :

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi maha mengetahui." - Surah An Nuur:32

Daripada ayat di atas, Allah Taala menerangkan kepada kita bahawa Dia telah menciptakan para isteri kepada suami mereka daripada kalangan mereka sendiri supaya mereka menjadi lebih cenderung supaya saling mengasihi antara satu sama lain. Mereka mempunyai persamaan, sama ada persamaan daripada segi manusia, emosi, naluri, bangsa ataupun budaya. Apabila ada perbezaan daripada pelbagai segi sama ada bangsa, adat dan budaya, pasti akan berlaku perselisihan faham antara satu sama lain.
Hal ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengahwini orang yang tidak sama sebangsa atau berbeza adat dan budaya. Namun, pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga perlu memahami tujuan perkahwinan itu sendiri sebelum melaksanakannya.

Perkahwinan adalah sebab bagi meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W. Ini kerana di akhirat kelak, Baginda Rasulullah juga boleh berbangga kerana memiliki umat yang ramai. Perkahwinan sangat penting bagi membentuk institusi kemasyarakatan. Melalui perkahwinan, ia akan membentuk institusi kekeluargaan yang akan mencurahkan kasih sayang kepada kanak-kanak, menghasilkan anggota masyarakat yang baik yang di dalamnya diisi oleh anggota masyarakat yang kuat, berkembang dan maju.

Imam al-Ghazali berkata, "Alangkah baiknya kamu mencari sebab untuk berkahwin, menjaga adab-adab perkahwinan dan jelas dengan tujuan perkahwinan."

1 ulasan:

agar tak berbuat maksiat disunahkan kawin sunahnya yang mendekati wajib.. salam.

 

Post a Comment