Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

10 Hak

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para
muridnya dan umat Islam seluruhnya.Beliaum mewasiatkan:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan
dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu
orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar,
meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup
menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang
beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Alla SWT bersabar menerima bala,bersyukur
di atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung
kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan,
mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Iman dan Kehidupan

1. Iman menimbulkan getaran pada perasaan, memberikan pengaruh yang membekas pada kemahuan.
2. Iman menjadikan bangunnya bersemangat, merupakan senjata paling ampuh, mewujudkan jiwa pejuang.
3. Iman merupakan asas pembinaan kehidupan dan keperibadian.
4. Iman adalah rahsia kekuatan dan kemuliaan.
5. Iman adalah pembangkit daya gerak, menimbulkan semangat bekerja dan berkorban.
6. Iman dengannya akan melenyapkan kebimbangan, membangkitkan keyakinan dan keberanian.
7. Iman menjelaskan rahsia kehidupan dan kematian.
8. Iman akan menanamkan kemerdekaan pada diri, meyakini perlindungan dan pertolongan Allah.
9. Iman menimbulkan rasa harga diri, melenyapkan perasaan rendah diri dan kekosongan jiwa.
10. Iman denganya malaikat akan sentiasa mengawal dan Tuhan sentiasa bersamanya.
11. Iman menimbulkan rasa tanggungjawab, menghilangkan rasa kecewa dan putus asa.
12. Iman melawan pengaruh nafsu, menjadikan hati tenang dan tenteram.
13. Iman denganya fikiran menjadi lapang dan perasaan menjadi tenang.
14. Iman adalah air, makanan, udara dan cahaya kepada jiwa dan hati manusia.
15. Iman adalah sumber kebahagiaan, ketenangan, kepuasan, keamanan batin dan kehidupan yang baik.
16. Iman melapangkan kesempitan, mengusir keluh kesah, menyuburkan fitrah, membongkar rahsia alam.
17. Iman menghilangkan keraguan, menjadi benteng pertahanan dan tali pergantungan yang kukuh.
18. Iman menjelaskan tujuan dan menerangi jalan
19. Iman menghilangkan kesulitan, membangkitkan harapan
20. Iman melapangkan perasaan, memberi kekuatan kepada jiwa, menanam kemahuan.
21. Iman membuang rasa benci kepada diri sendiri, menghargai nikmat, tidak menyesali masa lalu.

-Prof.Dr Yusof Al Qardhawi.

5 Wasiat Rasulullah saw

Nabi saw bersabda: "Pada malam Aku diisrakkan ke langit, Allah swt telah mewasiatkan kepadaku lima perkara: -
# Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau
# Jadikan cintamu kepada-Ku krana tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
# Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
# Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa pada tangan mereka.
# Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.


Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan aku tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah swt". Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :-
# Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
# Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
# Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
# Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.
# Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
# Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
# Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Merenung Tentang Akhirat.

Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a berkata: Nabi saw bersabda, Allah swt telah berfirman:

“Hai hambaKu, sesungguhnya Aku telah mengharamkan aniaya terhadap diriKu, maka Aku telah menetapkan aniaya itu haram di antara kamu, kerana itu janganlah kamu saling menganiaya.

Hai hambaKu, kamu semua tersesat kecuali yang Aku beri petunjuk, kerana itu mintalah petunjuk daripadaKu, nescaya aku beri hidayah petunjuk kepadamu.

Hai hambaKu, kamu semua lapar kecuali yang Aku beri makan, maka mintalah makan padaKu, nescaya Aku beri makan padamu.

Hai hambaKu, kamu semua telanjang kecuali yang Aku beri pakaian, maka mintalah pakaian padaKu nescaya Aku berikan pakaian kepadamu.

Hai hambaKu, kamu selalu berbuat salah(dosa) siang malam, dan Aku mengampunkan segala dosa, maka mintalah ampun padaKu, nescaya Aku ampunkan bagimu.

Hai hambaKu, andaikan orang yang pertama hingga yang terakhir, manusia dan jin semuanya berhati taqwa, bagaikan setaqwa-taqwa hamba, maka yang demikian iu tidak menambah sedikit pun darjat kerajaanKu(kekayaanKu).

Hai hambaKu, andaikan orang yang pertama hingga terakhir, manusia dan jin semuanya menjadi selacur-lacurnya pelacur, maka yang demikian itu tidak sedikit pun mengurangi kerajaanKu walau sedikit pun.

Hai hambaKu, andai kata orang pertama hingga terakhir, manusia dan jin berdiri semuanya di satu lapangan, lalu masing-masing minta sendiri-sendiri dan Aku perkenankan setiap permintaan mereka satu persatu, maka yang demikian itu sedikit pun tidak mengurangi dari kekayaanKu kecuali sebagaimana kurangnya air laut jika dicelupkan ke dalamnya jarum satu kali celupan.

Hai hambaKu, sesungguhnya Kami hanya mencatat amal perbuatanmu, lalu Kami kembalikannya kepadamu pada Hari Kiamat, maka siapa mendapat amal baikhendaklah bersyukur kepada Allah swt, dan siapa yang mendapat amal tidak baik(buruk), maka janganlah menyalahkan orang lain kecuali dirinya sendiri”..

Sama-sama kita renungkan…

Kemuliaan Ummat Muhammad Saw.

Di antara kemuliaan yang telah Allah swt kurniakan kepada ummat Muhammad saw, Allah swt telah memuliakan ummat ini dengan 5 kemuliaan:

  1. Allah swt menjadikan mereka lemah, supaya tidak sombong.

  1. Allah swt menjadikan mereka kecil-kecil supaya tidak memberatkan makan minum dan pekerjaan.

  1. Allah swt menjadikan usia mereka pendek, supaya kurang dosa mereka.

  1. Allah swt menjadikan mereka fakir dan miskin, supaya meringankan hisab mereka di Hari Akhirat.

  1. Allah swt menjadikan mereka ummat terakhir, supaya tidak lama tinggal dalam kubur.