Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Akhirnya Dia Memeluk Islam..

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para
hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun
menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya,:

Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’ ‘Sebutk
an sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’ ‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’ ‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,:

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).


Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.


Lima yang tiada enamnya
ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.


Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasn
ya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).


Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18)

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.


Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di de
kat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.


Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).


Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashab
ul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).


Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata,:

Apakah kunci surga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’
Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian
marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata,:

‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

Wallahu’alam….

sumber: http://peribadirasulullah.wordpress.com/














2 Jenis Cermin


Dua orang ahli bomba masuk ke dalam hutan untuk memadamkan satu kebakaran kecil. Sesudah selesai, mereka berdua lantas menuju ke arah sebuah sungai. Wajah salah seorangnya telah dilumuri abu hitam; sebaliknya wajah seorang lagi adalah bersih sama sekali tanpa sebarang noda.

Soalan: Ahli bomba manakah yang akan membasuh muka?

Mengapa Cermin Dicipta?

Sebab utama cermin dicipta adalah untuk melihat kalau-kalau ada yang tidak kena pada penampilan diri. Adakah rambut kita tersisir rapi? Adakah tudung yang dipakai itu senget? Adakah jambang yang dicukur itu kemas lagi licin? Adakah celak dan gincu yang ditempek itu herot? Atau masih adakah saki-baki air liur basi yang terlekat di pipi? Dengan kata lain, kita melihat cermin untuk memastikan kesempurnaan fizikal diri. Kata kunci di sini ialah "memastikan kesempurnaan". Ini bermaksud, melihat cermin dengan tujuan untuk "syok sendiri akan kesempurnaan" diri adalah sangat terpesong daripada tujuan asal mengapa cermin dicipta.


Berbalik kepada soalan di awal-awal tadi, siapakah yang akan membasuh muka? Yang berwajah kotor atau pun yang berwajah bersih? Jawapan yang betul adalah si ahli bomba yang berwajah bersih. Mungkin jawapan ini agak mengelirukan. Mengapa pula yang si berwajah kotor tidak membasuh mukanya?

Begini: Apabila yang berwajah kotor itu melihat rakannya yang berwajah bersih, maka dia pun berpendapat bahawa wajahnya pasti lah bersih seperti rakanny
a. Namun perkara yang sebaliknya berlaku kepada yang berwajah bersih. Apabila dia melihat kekotoran pada wajah rakannya itu, maka dia pun berkata kepada diri sendiri: "Muka aku pun mesti kotor juga macam dia. Baik aku basuh."

Cermin yang betul dan Cermin yang salah
Cermin yang betul, apabila memandangnya, kita mampu menginsafi akan kelemahan diri. Ia adalah analogi kepada apa yang berlaku apabila ahli bomba berwajah bersih melihat wajah kawannya yang kotor itu. Jika kita ada seorang kawan yang baik sifatnya, maka mereka adalah cermin untuk menilai apa yang masih kurang pada diri. Jika kawan itu kurang baik pula sifatnya, ia tetap boleh menjadi cermin bagi mengingatkan adakah kita juga begitu sebenarnya? Itulah dia cermin yang digunakan oleh mereka yang selalu muhasabah diri.


Cermin yang salah pula, apabila memandangnya, kita semakin berbangga akan kesempurnaan palsu pada diri. Ia adalah analogi kepada apa yang berlaku apabila ahli bomba berwajah kotor melihat wajah kawannya yang bersih itu. Dalam kes ini, kawan di sekeliling dijadikan cermin untuk melihat betapa sempurnanya diri kita jika dibandingkan dengan mereka.

Pada akhirnya, cermin yang salah ini dijadikan justifikasi untuk kita kekal di takuk lama. Kata kita kepada diri sendiri, "Aku ni kira baguslah. Kalau nak dibandingkan
dengan si polan yang duduk seberang jalan, lagi macam setan dia tu!" Itulah dia cermin yang digunakan oleh mereka yang selalu syok sendiri akan kesempurnaan diri.

Sumber: http://hembusan.blogspot.com


3 Pergi, 2 Kembali,1 Di sisi.


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga yang akan menghantar jenazah ke kubur, iaitu Keluarga, Harta dan Amalnya. Dua akan kembali dan satu akan tetap bersamanya. Keluarga dan Harta akan kembali, sedangkan Amalnya akan tetap setia bersamanya".

(HR Bukhari & Muslim)


Indahnya Akhlak Rasulullah Saw

Suatu hari datanglah seorang perempuan, perempuan tersebut menghadiahkn sebiji limau kepada Rasulullah, kemudian Rasulullah pun terima dengan senyum, kebetulan rupa buah itu terlalu cantik dan menyerlah.. Rasulullah terus makan sesuap dengan sesuap sambil tersenyum.. biasanya apabila Rasulullah mendapat sesuatu, Rasulullah akan berkongsi bersama sahabat yang ada bersamanya.. tetapi kali ini baginda makan seorang diri tanpa memberi kepada sahabatnya..

Selepas makan wanita yang menghadiahkan Rasulullah buah itu, meminta izin untuk balik... Sahabat hairan dengan sikap Rasulullah,lalu bertanya... kemudian baginda menjawab: "
aku memakan buah itu seorang diri sambil tersenyum kerana buah itu rasanya terlalu masam... aku takut kalau aku berikan buah tersebut kepada kamu, kamu akan makan buah tersebut dengan mata yang menyengit dan kamu marah kepada wanita tadi... aku tidak mahu wanita tersebut terasa dan tersingung... sebab itulah aku lakukan begitu"...

Begitulah mulianya akhlak Nabi Saw, baginda sentiasa menjaga akhlaknya, setiap inci pergerakannya diatur dengan waspada penuh bersopan, akhlak Nabi kita adalah akhlak Al-quran...







Sanah Helwah PMRAM 81

Kek Sumbangan PMRAM Cawangan Iskandariah

Kek Sumbangan PMRAM Cawangan Mansurah

Kek Sumbangan PMRAM Cawangan Zaqaziq


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

P persada dunia namamu disebut
E erti sebuah keunggulan
R rukun damai kau pasakkan
S selari kehendak syariat Islam
E engkau jatuh dan bangun tetap berdikari
K kalah atau menang terus berdiri
U utuh merentasi abad dan zaman
T tembok perpecahan kau hancurkan
U untuk sebuah kesatunan satu perjuangan
A andai diizin takdir tuhan

N nekadmu terus menjulang Islam

M marilah teman sekalian
E eratkan ukhuwwah dan ikatan
L lestarikan di atas nama kesatuan
A ayuh sama-sama kita lahirkan insan
Y yang tak gentar menerus perjuangan
U untuk kegemilangan Islam terus dijulang

R rentetakan sejarah membuktikan
E engkau berjasa mentadbir pejuangan
P pernah jatuh tersimpuh sendirian

U usiamu telah membuktikan..walau
B berlalu dekat mencecah abad
L lambaian keizzahanmu tetap gah
I izzahmu seiring menjulang tema
K kemantapan fikrah membina sahsiah

A ayuh teman ayuh rakan
R ribatkan tautan ukhuwwah kita
A andai jamaah ini difitnah

B bai'ah kita usah digoyah

M majulah bersama saff kepimpinan
E eratkan kembali tali perpaduan
S sisihkanlah segala anasir perpecahan
I insya-Allah janji tuhan pasti datang
R raudhatul jannah tempat dijanjikan.

Surau Darul Iman,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu,
Hayyu 10...10/4/2010..PR PMRAM
(Solat Hajat bersempena dengan 80 tahun usia PMRAM)
8.25 malam






3 Waktu Segala Pintu Langit Dibuka

Gambar Hiasan
1-Ketika barisan tentera Islam menghadapi barisan musuh yang kufur kepada Allah SWT di medan perang.

2-Ketika Allah SWT menurunkan hujan.

3-Ketika Iqamat dikumandangkan untuk solat lima waktu.


Sumber: http://peribadirasulullah.wordpress.com/






Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 46 Buat Umi.

Salam wbt..
Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt di atas segala nikmat dan kurniaan-Nya, selawat dan salam buat junjungan mulia contoh teladan seluruh umat, penghulu para rasul, pembawa khabar gembira, penunjuk jalan ke syurga Allah swt, ahli keluarga baginda, para sahabat, seterusnya buat pewaris-pewaris dan penerus risalah kenabian, semoga cahya Islam akan bersinar kembali pada saat yang telah dijanjikannya nanti,insya-Allah.

Keluargaku
Syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi sedikit ruang masa untuk anakanda mencoretkan sepatah dua kalam buat tatapan umi & keluarga di kampung halaman sana.

Pengalaman bercuti hampir 40 hari di tanah air sedikit sebanyak telah membuka minda anakanda bagaimana mentaliti dan realiti sebenar ragam kehidupan masyarakat di malaysia sana. ampun dan maaf anakanda pohonkan di atas kesempitan waktu yang teramat sedikit anakanda luangkan bersama keluarga, namun begitu anakanda yakin umi memahami kondisi anakanda sebagai bakal YB(yang bekerja)..=)

Ummi & Abah Bersama Putra-Putranya
Andai ditanya orang, ke manakah anakanda sepanjang percutian yang lalu, anakanda pasti umi mampu untuk menjawabnya dengan senyuman kebanggaan sebagai seorang ibu. andai anakanda pula ditanya, "buat apa bersusah-susah untuk orang lain, balik lewat malam, kadang-kadang tak balik, balik kampung seolah-olah tak pernah balik, baik tinggal di mesir terus", jawabnya mudah aje, nak mencerahkan lubang kubur, dan nak bagi masyarakat hidup senang + Allah swt redha dengan kita seterusnya boleh masuk syurga"FREE" sekali...=)

Bersama Ummi
Buat abah, anakanda mohon maaf dia atas ketidaksempatan untuk memenuhi jemputan dan menggantikan kuliah yang bagi anakanda itu adalah satu peluang yang besar untuk berkongsi secebis ilmu dan pengalaman yang serba dhaif ini buat tatapan bersama, kepadatan jadual kuliah maghrib di 13 tempat dalam sebulan itu sememangnya memerlukan suatu pengorbanan yang amat besar untuk memastikan segalanya berjalan dan terurus dengan baik. i.Allah, jika ditakdirkan anakanda dapat menjejakkan kaki semula ke tanah air, i.Allah segalanya 'buleh bicea smula'..=)

Ummi & Abah Bersama Putri-Putrinya
Rasanya cukup setakat ni dulu catatan pada kali ini, sebelum anakanda akhiri catatan ini, anakanda ucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 46 buat umi tercinta, didoakan semoga hidup umi sentiasa berada di bawah payung kasih sayang dan rahmat Allah swt selalu, andai kata dah terbuka hati untuk menyambut menantu, usahlah malu-malu untuk bagi tahu & senyum-senyumlah selalu..=)