Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

2012: Tahun Melawat Kelantan



Puteri Selatan puteri bertuah
Puteri berasal dari Gunung Tahan
Negeri Kelantan negeri bertuah
Semoga kekal diberkati tuhan.

Ucapan Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

MUHASABAH TAHUN BARU: CUMA 2 TAHUN SOLAT



1 Hari= 24jam

Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun-70 tahun (majoriti) Puratanya manusia meninggal -+65 tahun.


“Baligh: Bermulanya diperhitungkan amal seseorang samada baik atau buruknya selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh : -+ 15 tahun
Wanita Baligh : -+ 12 tahun


Usia yang ada untuk kita beribadah kepada Allah Swt, puratanya:
Mati – Baligh = Baki Usia, :- 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?


Catatan:
50 tahun= 18250 hari= 458000 jam


Gambaran Kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama.
Waktu kita tidur -+8 jam/hari:


Dalam 50 tahun waktu yang habis digunakan untuk tidur sahaja 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan, dibundarkan jadi 17 tahun.


Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita akan 'ditidurkan' untuk tempoh yang agak lama sebelum menemui Allah Swt.


Waktu aktiviti kita di siang hari -+ 12 jam;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun


Aktiviti di siang hari: Ada yang bekerja, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, tengok movie, chatting dan banyak lagi.
Waktu rehat -+4 jam;
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun


Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan.
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah?
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;


“Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.


Kita tidak menafikan, memang benar..Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya semata-mata lilLah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…(Tidak Semua)


Kita juga tidak menafikan, memang benar. Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.


“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “


Bila Nak Beribadah???
Mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…! Karena kita fikir, solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurg. Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !?


Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?
1 Waktu Solat = -+ 10 minit ….. 5x solat = -+ 1 jam(+solat sunat)
Dalam masa 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x 1 jam =18250 jam= 2 tahun


Kesimpulan:
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10 minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..??? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita. itu pun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan diterima.


Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun, dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering menggores perasaan/hati orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.


Logiknya:
Bukan satu perkara yang mustahil buat kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.


Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.


Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat.


" Setiap Anak Adam akan melakukan kesilapan(dosa), dan sebaik-baik mereka yang berdosa adalah mereka yang bertaubat"..
" Sesungguhnya dunia itu diciptakan untuk kamu, dan kamu diciptakan untuk Akhirat"..



JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG BERNIKAH


Ketika seorang Muslim baik pemuda mahupun wanita akan menikah, biasanya akan timbul perasaan yang bermacam-macam. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu saat melangkah pelamin. Bahkan ketika dalam proses ta'aruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Berikut ini sekelumit apa yang hadir dari janji Allah kepada mereka yang menyimpan perasaan negatif dalam mencari teman hidup.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)" (An Nuur:26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai ajaran Islam dan Sunnah NabiNya. Jadilah lelaki-lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui" (An Nur:32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika menikah. Salah satu sebabnya adalah kerana belum punya pekerjaan. Dan anehnya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan-pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan kemampuan gajinya. Dalam fikiran mereka terbit suatu persoalan, "Apakah cukup untuk keluarga gaji sekian?".

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu melangkah ke jenjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga. Bukan gaji yang tinggi yang selama-lamanya tidak akan berkesudahan. Allah Maha Adil, bila tanggungjawab para pemuda bertambah dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak punya apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

"Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabiliLlah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya" (Musnad Imam Ahmad 2:251, Sunan An Nasa'ie, At Tirmizi, Ibnu Majah hadis No.2518, dan Hakim 2:160)

Bagi sesiapa sahaja yang menikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah S.A.W dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir". (Ar Ruum:21)

"Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina". (Al Mu’minun:60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankanNya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, penurut, dan seterusnya. Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Di antaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan. Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir di mana Allah turun ke langit dunia, pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan. Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dan berpakaian dari usaha yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah dan lain-lain.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kewujudan Allah Taala, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, mengakui bahawa Allah Maha Mendengar. Sebahagian orang ketika jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun dan bomoh, berharap agar jodohnya segera tiba. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna (ilmu pengasih). Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah S.A.W,

 "Barang siapa yang mendatangi peramal/ dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam" (Hadis Sahih riwayat Muslim 7/37 dan Musnad Imam Ahmad).

"Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" (Al Baqarah:153)

Mintalah pertolongan kepada Allah dengan melaksanakan sifat sabar dan menunaikan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi S.A.W. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari perbuatan yang haram. Firman Allah Taala lagi (maksudnya), "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Al Syarh:5-6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sukar dan sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

"Wahai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad:7)
Supaya Allah Taala menolong kita, maka kita mestilah menolong agama Allah Taala. Baik dengan berinfak di jalanNya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran risalah-risalah dakwah agama Islam, menyiapkan generasi yang akan melanjutkan perjuangan Islam dan sebagainya.

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Al Hajj:40)

"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" (Al Baqarah:214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjiBya. Kalaupun Allah tidak/ belum mengabulkan hajat dan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap Muslim. Jadi, tidak ada sebabnya untuk kita meragukan tentang janji Allah ini. -

sumber: http://www.tarbawi.my/

Stareh Minda: Kisah Seekor Ayam Tua


Di sebuah ladang ternakan ayam... Kelihatan seekor ayam jantan yang tua duduk termenung... Masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan tuannya untuk membeli ayam jantan yang masih muda... Apa tidaknya....... Di kawasan yang mempunyai 25 ekor ayam betina itu... Hanya dirinya saja yang jantan dan diharapkan untuk memastikan ayam betina yang lain mampu bertelur...

Sedangkan dirinya sudah semakin tua... Mana la laratkan... Suatu hari, seekor ayam jantan muda mula berada disitu. Pasti dibeli oleh tuannya. Si ayam muda begitu angkuh membawa ayam- ayam betina di hadapan ayam jantan tua... Ayam jantan tua hanya mampu memandang dengan menahan marah serta tersenyum sinis saja. Dia tahu itu bukannya satu-satu ayam jantan muda yang pernah hadir dikawasan itu... Namun kerana kepintarannya dia berjaya mengusir semua ayam- ayam jantan yang lain.

Apa kata kau beri aku 10 ekor ayam betina... Kau ambillah lagi 15 ekor. Kata ayam tua... Mana boleh. Kau tu dahlah tua. Bagi canlah kat aku yang muda ni. Kata ayam jantan muda dengan keangkuhannya yang melampau. Lantas ayam tua mencadangkan agar satu perlumbaan diadakan dan pemenangnya berhak mendapat semua ayam betina yang ada..... Si ayam muda pun bersetuju...

Pertandingan yang ditetapkan adalah lumba lari 400m... Tetapi ayam tua meminta supaya dia dibenarkan berlari dulu memandangkan dirinya yang sudah tua... Ayam muda pun bersetuju. Ayam tua mula berlari... Nun dihujung sana ayam muda mula berlari dan mengejar. Semakin hampir. Dan tiba- tiba...

DUMMMMMMMM... Tuannya menembak si ayam muda... Dengan kesal mulutnya membebel... AKU TAK TAU KENAPA AYAM JANTAN MUDA YANG AKU BELI NI SUMERNYA GAY... TAUNYA KEJAR AYAM JANTAN JUGAK... DAH LA TU... NGAN AYAM JANTAN TUA PUN DIA NAK LAYAN!!!!!!!! 

.....Ayam tua tersenyum kemenangan dengan penuh kepoyoran...=)

petikan: http://www.sentuhanmaya.com/


5 Soalan yang telah dijawab oleh 700 Ulama'




Syaqiq bin Ibrahim berkata :

"Saya telah bertanya pada tujuh ratus orang alim tentang lima masalah,
maka mereka semuanya menjawab dengan satu jawapan yang sama:

1- Siapakah orang yang sempurna akal ?
= Orang yang tidak cinta pada dunia.

2- Siapakah orang yang cerdik ?
=Orang yang tidak tertipu dengan dunia.

3- Siapakah orang kaya ?
=Orang yang redha menerima bahagiannya  dari Allah SWT  ( rela menerima hukum takdir  Allah SWT ).

4- Siapakah orang yang mengerti agama ?
=Orang yang tidak minta berlebih-lebihan.

5- Siapakah orang yang bakhil ?
=Mereka yang tidak mengeluarkan Hak Allah SWT dalam hartanya".

petikan: http://peribadirasulullah.wordpress.com/

[FAKTA] 4 Sebab Utama Merokok Itu BAGUS

Merokok itu BAGUS sebab :

    * Dapat janakan pendapatan terhadap negara - Katakan harga rokok sekotak RM10,RM5 untuk tax dan seorang beli sekotak rokok harga RM10 sehari.RM5(tax) x 365hari = RM1825.Katakan 20juta rakyat Malaysia hisap rokok.So, RM 1825 x 20 juta orang = RM36 000 billion. *aku main agak ja ni*.Nampak tak permainannya?Sebab tuh lah kerajaan cuma mampu buat kempen segala benda ja TAPI dorang tak banned rokok.

    * Boleh jadi HERO - Sebab korang sanggup mati untuk negara kan.Yalah berkorban sanggup menghadapi segala macam penyakit demi menyumbang kepada ekonomi negara kan.Sanggup bakar duit demi ekonomi negara kan.Bagus lah tuh.

    * Lepas mati pon boleh berkhidmat lagi - Sebabnya bila korang mati cepat nanti boleh la badan2 korang tuh disedekahkan untuk student medic kan.Yalah dorang kan kekurangan mayat untuk nak praktis bedah2.Tak pon boleh juga donate organ korang untuk orang yang memerlukan.Tapi yang elok ja lah.Ya dak???

    * Menyumbang duit kepada orang - Contohnya bila ramai smokers mati kan dapatlah tambah pendapatan penggali kubur dan seterusnya bagi sedikit sinar kebahagian kepada dorang.Bukan setakat penggali kubur ja tau korang dah bantu tuh tuh pharmacist pon korang bantu gak.Yalah kan before nak mati smokers neyh selalunya sakit dulu boleh lah ambil ubat dekat farmasi di samping menjana pendapatan dorang.Yeahh!Tahniah2!

fikir-fikirkan...

petikan: http://haticikgadis.blogspot.com/