"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. [ Al Baqarah 261 ]
"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita". [Al Baqarah 262]
Kesimpulan: # Beramal apa sahaja mestilah dengan niat yang ikhlas kepada Allah.
# Jangan meletakkan ada saingan dengan Allah. Beramallah kerana Allah. Hanya Allah yang disembah tanpa saingan. Yang lain daripada Allah adalah makhluk yang dicipta Allah.
# Menyebut-nyebut pemberian sama ada bentuk pertolongan, bantuan kemanusiaan, infaq dan lain-lain akan menyebabkan pahala berkurangan. Orang yang beriman hendaklah memberi pertolongan tanpa menginginkan pembalasan. Melakukan khidmat adalah kerana Allah SWT semata.
بسم الله ما شاء الله لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
ولا حولا ولا قوة الا بالله العلى العظيم
Bismillah 6
بسم الله أنم:
بسم الله السميع البصير الذى ليس كمثله شئ وهو بكل شئ عليم
بسم الله الخلاق العليم الذى ليس كمثله شئ وهو الفتاح العليم
بسم الله الذى ليس كمثله شئ وهو العليم الخبير
بسم الله الذى ليس كمثله شئ وهو العليم القدير
بسم الله العزيز الكريم الذى ليس كمثله شئ وهو العزيز الكريم
بسم الله الغفور الرحيم الذى ليس كمثله شئ وهو الغفور الرحيم
فالله خير حافظا وهو أرحم الرحمين
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Renungan
"Tanpa BERSATU tak akan wujud perkataan KERJASAMA, tanpa BERKERJASAMA tak akan wujud perkataan SELESAI".
10 Muwassafat Tarbiyyah
1. Akidah Yang Sejahtera 2. Ibadah Yang Sahih 3. Sihat Tubuh Badan 4. SAngat Menjaga Masa 5. Luas Pengetahuan 6. Akhlak Yang Mantap 7. Tersusun Urusannya 8. Mampu Berdikari 9. Melawan Nafsu 10. Bermanfaat Pada Orang Lain
0 ulasan:
Post a Comment