Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 46 Buat Umi.

Salam wbt..
Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt di atas segala nikmat dan kurniaan-Nya, selawat dan salam buat junjungan mulia contoh teladan seluruh umat, penghulu para rasul, pembawa khabar gembira, penunjuk jalan ke syurga Allah swt, ahli keluarga baginda, para sahabat, seterusnya buat pewaris-pewaris dan penerus risalah kenabian, semoga cahya Islam akan bersinar kembali pada saat yang telah dijanjikannya nanti,insya-Allah.

Keluargaku
Syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi sedikit ruang masa untuk anakanda mencoretkan sepatah dua kalam buat tatapan umi & keluarga di kampung halaman sana.

Pengalaman bercuti hampir 40 hari di tanah air sedikit sebanyak telah membuka minda anakanda bagaimana mentaliti dan realiti sebenar ragam kehidupan masyarakat di malaysia sana. ampun dan maaf anakanda pohonkan di atas kesempitan waktu yang teramat sedikit anakanda luangkan bersama keluarga, namun begitu anakanda yakin umi memahami kondisi anakanda sebagai bakal YB(yang bekerja)..=)

Ummi & Abah Bersama Putra-Putranya
Andai ditanya orang, ke manakah anakanda sepanjang percutian yang lalu, anakanda pasti umi mampu untuk menjawabnya dengan senyuman kebanggaan sebagai seorang ibu. andai anakanda pula ditanya, "buat apa bersusah-susah untuk orang lain, balik lewat malam, kadang-kadang tak balik, balik kampung seolah-olah tak pernah balik, baik tinggal di mesir terus", jawabnya mudah aje, nak mencerahkan lubang kubur, dan nak bagi masyarakat hidup senang + Allah swt redha dengan kita seterusnya boleh masuk syurga"FREE" sekali...=)

Bersama Ummi
Buat abah, anakanda mohon maaf dia atas ketidaksempatan untuk memenuhi jemputan dan menggantikan kuliah yang bagi anakanda itu adalah satu peluang yang besar untuk berkongsi secebis ilmu dan pengalaman yang serba dhaif ini buat tatapan bersama, kepadatan jadual kuliah maghrib di 13 tempat dalam sebulan itu sememangnya memerlukan suatu pengorbanan yang amat besar untuk memastikan segalanya berjalan dan terurus dengan baik. i.Allah, jika ditakdirkan anakanda dapat menjejakkan kaki semula ke tanah air, i.Allah segalanya 'buleh bicea smula'..=)

Ummi & Abah Bersama Putri-Putrinya
Rasanya cukup setakat ni dulu catatan pada kali ini, sebelum anakanda akhiri catatan ini, anakanda ucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 46 buat umi tercinta, didoakan semoga hidup umi sentiasa berada di bawah payung kasih sayang dan rahmat Allah swt selalu, andai kata dah terbuka hati untuk menyambut menantu, usahlah malu-malu untuk bagi tahu & senyum-senyumlah selalu..=)








0 ulasan:

Post a comment