Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Indahnya Akhlak Rasulullah Saw

Suatu hari datanglah seorang perempuan, perempuan tersebut menghadiahkn sebiji limau kepada Rasulullah, kemudian Rasulullah pun terima dengan senyum, kebetulan rupa buah itu terlalu cantik dan menyerlah.. Rasulullah terus makan sesuap dengan sesuap sambil tersenyum.. biasanya apabila Rasulullah mendapat sesuatu, Rasulullah akan berkongsi bersama sahabat yang ada bersamanya.. tetapi kali ini baginda makan seorang diri tanpa memberi kepada sahabatnya..

Selepas makan wanita yang menghadiahkan Rasulullah buah itu, meminta izin untuk balik... Sahabat hairan dengan sikap Rasulullah,lalu bertanya... kemudian baginda menjawab: "
aku memakan buah itu seorang diri sambil tersenyum kerana buah itu rasanya terlalu masam... aku takut kalau aku berikan buah tersebut kepada kamu, kamu akan makan buah tersebut dengan mata yang menyengit dan kamu marah kepada wanita tadi... aku tidak mahu wanita tersebut terasa dan tersingung... sebab itulah aku lakukan begitu"...

Begitulah mulianya akhlak Nabi Saw, baginda sentiasa menjaga akhlaknya, setiap inci pergerakannya diatur dengan waspada penuh bersopan, akhlak Nabi kita adalah akhlak Al-quran...







2 ulasan:

memang cantik akhlak nabi..

 

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُول اللَّه أُسْوَة حَسَنَة

^_^

 

Post a comment