Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Kaedah Asas Menghafaz Al-Quran

Kaedah Jibril

Teknik ini menggunakan cara mengulang-ulang bacaan pada ayat sehingga lancar. Bermula dari ayat pertama sehingga ayat seterusnya. Untuk memudahkan anda, sila lihat muka surat 4 dalam al-Quran Mushaf Uthmani atau lihat sahaja gambar di bawah :

Untuk permulaannya, saya mencadangkan supaya anda membaca ayat di muka surat ini dengan betul dan lancar. Kemudian baca lagi sekali keseluruhan muka surat ini dengan menyemak betul-betul baris, huruf dan hukum tajwid yang terkandung di dalamnya. Seterusnya saya mencadangkan supaya anda memotong satu ayat menjadi beberapa bahagian. Dalam gambar di atas, saya hanya membahagikan ayat 17 Surah al-Baqarah kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dikelilingi kotak berwarna merah. Bahagian kedua pula dikelilingi kotak berwarna biru dan bahagian ketiga dikelilingi kotak berwarna hijau.

Panduan asas menghafaz al-Quran :

* Baca ayat dalam kotak berwarna merah sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
* Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
* Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
* Sekiranya sudah hafaz dan lancar baru berpindah ayat.
* Baca ayat dalam kotak berwarna biru sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
* Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
* Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
* Sekiranya sudah hafaz, ulang pula bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah.
* Baca ayat dalam kotak berwarna hijau sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
* Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
* Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
* Sekiranya sudah hafaz, ulang bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah sehingga tamat 1 ayat.

Di dalam kaedah asas ini, saya mencadangkan anda agar mengulang setiap ayat sebanyak 10 kali sahaja (minimum). Sekiranya anda mahu mengulangnya dengan bilangan yang lebih banyak adalah dialu-alukan. Semakin banyak diulang, semakin mantaplah hafazan anda. Ada teknik yang mencadangkan agar anda mengulang bacaan sehingga 60 kali..!! Bagi saya, menghafaz al-Quran adalah perkara yang mudah, namun untuk mengekalkan hafazan adalah suatu perkara yang lebih sukar serta memerlukan disiplin dan komitmen yang kuat.

Untuk ayat seterusnya, anda bolehlah mengaplikasikan kaedah asas yang telah saya nyatakan diatas. Asas utama untuk menghafaz al-Quran adalah mengulang-ulang ayat tersebut sehingga hafaz. Contoh yang saya nyatakan diatas tidak mengikut waqaf dan ibtida’ yang sesuai kerana kekangan perisisan (software) untuk mengubahsuai kotak tersebut. Harapan saya agar entri ini dapat membantu umat Islam yang ingin menghafaz al-Quran. Kita sebenarnya bukan tidak mampu untuk menghafaz al-Quran, cuma kita tidak merancang untuk menghafaznya.

petikan: http://www.imranshamsir.com

0 ulasan:

Post a Comment