Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Kelebihan Qiamullail

Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat". – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih.

2. Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, jalinkanlah silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat". – Dikeluarkan oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih

3. Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam". – Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih

4. Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail".– Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad dengan sanad sohih.


Rujukan :

- Abi Abdullah Muhammad bin Nasir al-Mirwazi, Mukhtasor Qiamullail, diringkaskan oleh Ahmad bin Ali al-Maqrizi, Maktabah al-Manar, cet. pertama 1993.

Sumber/petikan:http://epondok.wordpress.com/

3 ulasan:

salam.
minta maaf.
ingin bertanya.
betul ke solat witir ialah solat penutup bagi solat2 sunat yg lain?
atau ia boleh dikerjakan bila2 masa(selepas solat tarawih bukan selepas solat sunat disepertiga malam terakhir) sedangkan selepas itu kita akan menunaikan solat sunat yg lain.
harap dapat bantu.
syukran.

 

salam kembali..
sebagaiman yang kita maklum, solat witir adalah penutup bagi solat2 sunat.. namun di sana mungkin ada sedikit kekeliruan dalam memahami di manakah waktu yang sebenar@sesuai untuk melaksakan solat witir tersebut..

secara ringkasnya, apa yang dapat ana khulasahkan, solat witir ini boleh sahaja kita laksanakan setelah kita menunaikan solat isya'(selepas isya') hinggalah sebelum masuk waktu solat subuh..

terpulang kepada individu untuk mengerjakannya pada bila2 masa yang dikehendaki.. persoalannya, jika kita telah laksanakan solat witir itu selepas solat terawih, dan selepas itu kita akan menunaikan solat sunat yang lain??.. jawapanya, kita bebas untuk melakukan solat sunat lain selepas itu, dan di akhirnya xperlulah kita solat witir lagi..

I.Allah, jika diberi kesempatan, ana akan tulis artikel mengenai solat witir sedikit masa lagi..

untuk lebih memahami lagi, bolehlah rujuk mereka yang lebih arif dan tahu serta ahlinya dalam bidang ini..

 

terima kasih sudi menjawab persoalan..

 

Post a comment