Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Warkah Daripada Abah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Anakanda yang jauh,



Segala rupa syukur, segala wajah terima kasih hanya layak dan patut dipanjang dan dinobatkan kehadrat-Nya, Rabb sekalian alam. selawat serta salam buat Rasul junjungan bermula dari Adam hinggalah ke Paduka Akhir Zaman (Nabi Muhammad SAW) yang telah mengerah dan mengarah segala tenaga dan kudrat serta iradat diri untuk membimbing manusia kembali dan mengenal jalan-Nya(Islam). segugus himpunan doa dikirim buat semua pejuang jalan AlLah dulu, kini, dan selamanya.



Baha Zain pernah menulis; 'hari ini terkoyak sehelai kertas di kalendar, yang muda sehari lebih tua, yang tua setapak lebih dekat ke pusara, aku tidak takut menghadapi kematian atau bakat yang berkurangan, daun-daun pun lekang dari dahan, kupu-kupu pula sementara di cahaya pelita, aku tidak akan berduka, kita para kekasih akan mati, tapi cinta tak reput di bumi... pusingan dan perjalanan hari tak pernah mau terhenti selagi alam ini bernama dunia. lain pula ceriatanya bila alam ini ditukar situasi dan kondisi serta namanya, lalu dipanggil akhirat, maka tidak ada pusingan hari-hari, kerana masa sudah diizinkan berhenti. ya, semua manusia dan yang pernah menerima subsidi nyawa akan mati sama ada mereka bersedia ataupun secara yang dipaksakan. yang jadi persoalan apakah yang sempat kita tinggalkan untuk jadi bahan buat direnungkan?



AlLah yang Maha Segala telah menakdirkan dan menyempurnakan takdir-Nya, lalu dipilih-Nya kasus dan keperluan kepada ilmu menjadi agenda wahyu yang pertama, maka Baginda Muhammad pun didatangi malaikat yang memintanya beriqra’ dan dengan penuh terharu Baginda menjawab yang Baginda tak pernah tahu dalam dunia ini rupanya ada makhluk yang bernama huruf dan angka lalu Baginda pun tidak dapat membaca apa-apa.

Besarnya perhatian AlLah untuk manusia dengan ilmu sebagai persiapan buat manusia yang telah diprogramkan untuk menjawat sebagai khalifah di bumi ini yang dengan makna “ iqoomatuddin wassiyaasatuddunya bihi”. kitalah anak cucu Adam itu yang teramanah di bahu dan keupayaan diri untuk memikul tanggungjawab khalifah itu, yang mana setiap diri tak terkecuali. Justeru keperluan untuk menguasai kepelbagaian disiplin ilmu amat-amat mustahak. AlLah juga telah mengajar para anbiya dengan kepelbagaian ilmu, dan para anbiya pula tanpa diulit jemu terus mengajar ilmu dari Rabb itu kepada umatnya. sekarang sampai zaman kita, kitalah yang perlu mencari, mengali, mengkaji segala rupa ilmu tinggalaan anbiya itu untuk memandu manusia mengenal AlLah sebagaimana yang pernah dilakukan oleh para anbiya' semasa baginda masih disambung nyawa.



Sebagai bumi yang pernah dihuni anbiya', Nabi Ibrahim, Nabi Yusuff, Nabi Musa, Nabi Harun terakam dalam sirah antara anbiy' yang pernah menjejak dan menghuni bumi mesir. sebagai bumi yang pernah menjadi bekas tapak kaki anbiya', himpunan berkat yang tersimpan padanya tidak ternafi lagi. Dalam masa yang sama dapat kita ambil faham, keturunan(anak cucu) anbiya' yang soleh tentunya masih ada di sana, yang dengan setia menyimpan ilmu yang diwarisi secara langsung dari anbiy'a yang juga merupakan leluhurnya. Jadi apabila anakanda telah ada di sana, gunalah peluang itu untuk menjejak mereka (pewaris anbiya' dan ulama yang ikhlas dengan ilmunya) untuk berguru dan menceduk sebanyak mungkin ilmunya, menekuni ilmu mereka secara talaqi, berdepan, menatap mata mereka. Gunalah peluang yang ada di sana itu, kerana peluang itu tidak ada lagi setelah anakanda pulang ke sini(di malaysia ini). Usah disia-siakan peluang.

0 ulasan:

Post a comment