Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Pejabat Facebook tidak mewah disangkakan

SEBUAH meja dan bangku dalam sebuah bilik untuk pekerja di ibu pejabat Facebook.

MENLO PARK, California - Ibu pejabat baru Facebook di , Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai ciri-ciri kemewahan walaupun ia merupakan antara laman web paling kaya di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiada permaidani dan hiasan dalaman yang mewah dalam pejabat tersebut.

Terdapat banyak paip terdedah yang dibaluti kertas kerajang perak dengan wayar bergantungan dalam bangunan ibu pejabat berkenaan.

Gambar-gambar ruang dalaman ibu pejabat baru Facebook yang dibina di kawasan seluas 23 hektar di sini disiarkan dalam laman web berkenaan awal bulan ini.


Para pengunjung mungkin terkejut kerana kedatangan mereka disambut dengan siling terbuka dan lantai konkrit tanpa karpet atau sofa mewah.

Ruang dalaman itu yang lebih menyerupai kilang banyak menggunakan kotak kayu yang diubah suai sebagai meja manakala susun atur tempat duduknya pelik kerana ada yang menghadap dinding.

Walaupun bangunan berkenaan mempunyai kapasiti untuk menempatkan 9,000 pekerja, Facebook kini mempunyai sekitar 2,000 kakitangan yang bekerja di prem
is barunya itu.

Laman Facebook yang bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) diramalkan memperoleh pendapatan sekitar AS$2 bilion (RM6 bilion) pada tahun ini.

Berdasarkan maklumat majalah Forbes, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Marck Zuckerberg merupakan orang ketiga paling kaya di dunia dalam sektor teknologi maklumat.

Zuckerberg yang berusia 27 tahun dilaporkan memiliki kekayaan sehingga mencecah AS$18 bilion (RM54.5 bilion). - Agensi

Sumber: http://www.kosmo.com.my/








Enjin kapal Flotilla disabotaj pihak misteri

Khamis, 30/06/2011 – Pihak tidak dikenal pasti yang disyaki sebagai ajen Mossad Zionis pada hari Isnin (27 Jun) telah mensabojat salah sebuah kapal dari Freedom Flotilla 2 di pelabuhan Greek sebelum kapal tersebut memulakan pelayaran menuju Gaza yang terpenjara sejak 5 tahun berturut-turut.

Rami Abdouh, anggota “konvoi Eropah untuk menghentikan kepungan Gaza” berkata dalam kenyataan hari ini : “sebuah entiti yang tidak dapat dikenalpasti telah merosakkan enjin salah satu kapal konvoi Eropah, dan sekarang para jurutera khas kapal sedang cuba membaiki enjin tersebut, yang mungkin memerlukan masa selama 2 hari.”

Abdouh mengecam “perancangan berterusan dan ancaman Israel” terhadap Freedom Flotilla, dan menegaskan bahawa Freedom Flotilla “akan terus berlayar dan samp
ai ke Tebing Gaza walau apa pun kesukaran yang terpaksa dihadapi”, dan turut mengingatkan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kekejaman lanun Zionis.

sumber: http://palestinkini.info/



Fakta Menarik Perkataan Subhana سبحان


“Maha Suci AlLah SWT yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad bin AbdulLah SAW) pada satu malam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) yang telah KAMI berkati di sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya (Muhammad bin Abdullah SAW) sebahagian daripada ayat KAMI (tanda kemahaagungan, kemahahebatan, kemahaperkasaan AlLah SWT). Sesungguhnya DIA Maha Mendengar lagi Maha Melihat” al- Isra’ : 1

Info al Quran

Perkataan Subhana
سبحن dirakamkan sebanyak 18 tempat,
Perkataan Subhanaka سبحنك dirakamkan sebanyak 9 tempat,
Perkataan Subhanahu سبحنه dirakamkan sebanyak 14 tempat dalam al Quran.

AlLah SWT memulakan kisah & peristiwa Isra’ & Mikraj dengan kalimah pujian ‘Subhana’ (Maha Suci AlLah SWT) dalam masa yang sama AlLah SWT mengajar kita sebagai hamba-NYA tatacara untuk memuji dan memuja-NYA dengan kalimah keramat ‘Subhana’.

Sedarkah kita bahawa, perkataan Subhana telah kita ulang sebut tidak kurang hampir -+150 kali sehari tanpa paksaan, andai kata sebutan ini ditukar menjadi wang @ pun dinar emas, nescaya kita mampu untuk bergelar sebagai seorang jutawan!!!. Setiap rakaat solat kita akan menyebut 9 kali سبحن

3 kali dibaca semasa ruku’ &
6 kali pula dilafazkan sewaktu dua kali sujud, menjumlahkan

-36 kali ‘Subhana’ kita kumandangkan untuk solat Zuhur,
-36 kali Subhana’ untuk solat Asar,

-27 kali Subhana’ untuk solat Maghrib,
-36 kali Subhana’ untuk solat Isya’, dan
-18 kali Subhana’ untuk solat Subuh.

-36+36+27+36+18 =148 sehari x 30 hari sebulan = 4440 x 12 bulan setahun = 53 280

-Jika 10 tahun kita solat, = ‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 532 800
-Jika 20 tahun kita solat, = ‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 1 065 600
-Jika 30 tahun kita solat, =‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 1 598 400
-Jika 40 tahun kita solat, =‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 2 131 200
-Jika 50 tahun kita solat, = ‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 2 664 000
-Jika 60 tahun kita solat, = ‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 3 196 800
-Jika 70 tahun kita solat, =‘Subhana’ yang kita keudarakan berjumlah 3 729 60
0

Jumlah ini belum lagi dikira atau dijumlahkan dengan tasbih SubhanalLah 33 kali yang kita kumandangkan setiap kali setelah selesai solat.Jika dicampur dengan jumlah ini tentunya jumlah SubhanalLah yang kita sebut setiap hari pasti bertambah.

33 x setiap kali selepas solat didarap 5x sehari = 165 kali x 30 hari sebulan = 4950 x 12 bulan setahun = 59 400 kali

Jika 10 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 594 000
kali

Jika 20 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 1 188 000
kali

Jika 30 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 1 782 000
kali

Jika 40 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 2 376 000
kali

Jika 50 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 2 970 000
kali

Jika 60 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 3 564 000
kali

Jika 70 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ yang kita keudarakan
berjumlah 4 158 000
kali

Jadi kita berSubhanalLah setiap hari sama ada dalam solat atau selepas solat adalah seperti berikut;

Subhana dalam solat sehari 36+36+27+36+18 =148 kali
+ SubhanalLah selepas solat 33 kali x 5 kali sehari = 165 kali = 313 kali sehari(sama dengan jumlah para rasul yang diutus AlLah SWT memakmurkan bumi)

Subhana dalam solat sebulan 148 kali x 30 hari= 4440 kali
+SubhanalLah selepas solat sebulan 165 kali x 30 hari= 4950 kali = 9430 kali sebulan

Subhana dalam solat setahun 4 440 x 12 bulan = 53 280
+ SubhanalLah selepas solat setahun 4950 x 12 bulan = 59 400
= 112 680 kali setahun

Subhana dalam solat 10 tahun 532 800
+ SubhanalLah selepas solat 594 000 = 1 126 800

Subhana dalam solat 20 tahun 1 065 600
+SubhanalLah selepas solat 1 188 000 = 2 253
600

Subhana dalam solat 30 tahun 1 598 400
+ SubhanalLah selepas solat 1 782 000 = 3 380 400

Subhana dalam solat 40 tahun 2 131 200
+ SubhanalLah selepas solat 2 376 000 = 4 507 200

Subhana dalam solat 50 tahun 2 664 000
+ SubhanalLah selepas solat 2 970 000 = 5 634 000

Subhana dalam solat 60 tahun 3 196 800
+ SubhanalLah selepas solat 3 564 000 = 6 760 800

Subhana dalam solat 70 tahun 3 729 600
+ SubhanalLah selepas solat 3 564 000 = 7 293 600 KALI

SubhanalLah, andai kata kita telah solat 10 tahun, bermakna kita telah mengudarakan SubhanalLah lebih daripada sejuta kali. Kita telah lama sebetulnya menjadi JUTAWAN TASBIH.

sumber: Abdan Syakuura




Sembah Bangunan Kotak Hitam

Gambar Hiasan
Kafir: ‎Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah

Kafir: Baitullah tu apa?

Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.

Kafir: Allah ada dalam tu?

Muslim: Tak..

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?

Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...

Kafir: Kau sembah apa?

Muslim: Aku sembah Allah SWT.

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?

Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.

Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah Kaabah la.

Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?

Kafir: Pernah.. selalu...

Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?

Kafir: Tengok perlawanan bola la.

Muslim: Di mana?

Kafir: Dalam TV la...

Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.

Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...

Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

Kafir: Jadi...?

Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?

Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...

Muslim: Peliknya...

Kafir: Sebab apa pulak pelik?

Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...

Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...

Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?

Kafir: Ya.. tak pelik

Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...

Kafir: Erk.. kau betul..


Petikan: http://www.soutulmujahid.com/


Merindui Generasi Al Quran Yang Unik 1

Merindui Generasi Al Quran Yang Unik 2

Merindui Generasi Al Quran Yang Unik 3