Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

11 Orang Isteri Rasulullah SAW



Banyak pendapat yang menyatakan jumlah isteri Nabi saw. Ada yang kata sembilan, ada yang kata sepuluh dan sebagainya. Jumlah sebenar istgeri Nabi saw yang sepakati oleh ahli ilmu mengatakan sebelas (11) orang. Dua daripada mereka (11 orang) meninggal dunia ketika Nabi saw masih hidup iaitu Khadijah dan Zainab binti Khuzaimah. Isteri yang kekal sehingga Baginda saw wafat adalah sembilan orang. Enam daripada isteri Baginda saw dari keturunan arab Quraisy, empat orang daripada kuturunan arab tapi bukan Quraisy dan seorang daripada isteri Baginda saw bukan daripada keturunan arab iaitu Sofiyah dari keturunan Bani Israel.

KETURUNAN ARAB QURAISY

Pertama: Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwailid merupakan isteri pertama Baginda saw. Dari perkahwinan ini telah melahirkan iaitu Qasim, Abdullah, Zainab, Rokiah,Ummu Kalsom dan Fatimah. Ada pun Anak Baginda saw yang bernama Ibrahim hasil perkahwinan dengan Mariah Qibtiah. saidatina Khadijah wafat di Mekah 3 tahun sebelum peristiwa hijrah (mengikut pendapat yang kuat/betul).

Kedua: Ummul Mukminin Saidatina Saudah binti Zam’ah, Baginda saw mengahwini Nenda Saudah binti Zam’ah tidak lama setelah beberapa ketika Saidatina Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Majlis akad nikah berlangsung di Mekah. Saidatina Saudah binti Zam’ah meninggal dunia pada tahun 54 hijrah.

Ketiga: Ummul Mukminin Saidatina Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq. Baginda saw berkahwin dengan Saidatina Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq selepas berkahwin dengan Saidatina Saudah binti Zam’ah. Saidatina Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq masuk ke Madinah bersama dengan Rasulullah saw dan meninggal di sana pada tahun 56 hijrah.

Keempat: Ummul Mukminin Saidatina Hafsah binti Umar al-Khattab. Baginda saw dengan Saidatina Hafsah binti Umar al-Khattab pada tahun kedua atau ketiga selepas hijrah dan Saidatina Hafsah binti Umar al-Khattab meninggal dunia pada tahun 45 hijrah.

Kelima: Ummul Mukminin Saidatina Ummu Salamah atau nama sebenarnya Nenda Hindun, dikatakan juga namanya Ramlah. Baginda saw mengahwini Saidatina Ummu Salamah selepas kematian suaminya pada tahun keempat hijrah. Saidatina Ummu Salamah meninggal dunia pada tahun 58 hijrah.

Keenam: Ummul Mukminin Saidatina Ummu Habibah atau nama sebenarnya Saidatina Ramlah, dikatakan namanya Saidatina Hindun. Saidatina Ummu Habibah adalah anak kepada Abu Sufian. Baginda saw berkahwin dengan Saidatina Ummu Habibah di Habsyah pada tahun 7 hijrah. Dikatakan Saidatina Ummu Habibah meninggal dunia pada pada tahun 44 hijrah.

KETURUNAN ARAB BUKAN QURAISY

Pertama: Ummul Mukminin Saidatina Zainab binti Jahsy; Bapanya dari Mesir dan ibunya bernama Umaimah binti Abdul Muttalib daripada keturunan bangsa Quraisy. Baginda saw berkahwin denganSaidatina Zainab binti Jahsy setelah Zaid bin Harithah menceraikannya pada tahun 3 hijrah, ada mengatakan pada tahun 4 hijrah dan ada mengatakan pada tahun 5 hijrah. Saidatina Zainab binti Jahsy meniggal dunia pada tahun ke-20 hijrah.

Kedua: Ummul Mukminin Saidatina Juwairiah binti Harist al-Mustolaqiah. Berlaku perkahwinan Baginda saw dengan Saidatina Juwairiah binti Harist al-Mustolaqiah selepas selesai peperangan Bani Mustolaq pada tahun ke-5 atau ke-6 hijrah. Saidatina Juwairiah binti Harist al-Mustolaqiah meninggal dunia pada tahun ke-50 hijrah.

Ketiga: Ummul Mukminin Saidatina Zainab binti Khuzaimah, digelar semasa zaman jahiliah sebagai ‘Ummu Masakin’. Baginda saw berkahwin dengan Saidatina Zainab binti Khuzaimah pada tahun ke-3 atau ke-4 hijrah. Hanya sempat tinggal bersama dengan Baginda saw beberapa bulan sahaja, ada yang kata 2 bulan, ada yang kata 3 bulan dan ada yang kata 8 bulan.

Keempat: Ummul Mukminin Saidatina Maimunah binti Haristh. Baginda saw berkahwin dengan Saidatina Maimunah binti Haristh ketika menunaikan umrah qada’ pada tahun ke-7 hijrah. Saidatina Maimunah binti Haristh meninggal dunia di Sarf pada tahun ke-51 hijrah.

BUKAN KETURUNAN ARAB

Pertama:Ummul Mukminin Saidatina Sofiyah binti Huyya bin Akhtob dari bangsa Yahudi keturunan Bani Nadir. Baginda saw mengistiharkan perkahwinan Baginda saw dengan Saidatina Sofiyah binti Huyya bin Akhtob semasa dalam tempoh peperangan Khaibar pada tahun ke-7 hijrah dan meninggal dunia 50 tahun kemudian.

Ummul Mukminin Saidatina MARIAH QIBTIAH

Ada pun Saidatina Mariah Qibtiah bukan isteri Baginda saw yang diakad dengan akad pernikahan akan tetapi sebagai hamba (boleh digauli) mengikut syariat terdahulu. Daripada perhubungan ini lahirnya Ibrahim.

Saidatina Mariah Qibtiah dilahirkan di Hafna (Mesir) atau sekarang dikenali dengan nama Syeikh Ubadah, Minia sebuah wilayah yang bertentangan wilayah al-Ashmunin.Saidatina Mariah Qibtiah dihadiahkan oleh Al-Maququs (Juraij bin Mina) bersama saudaranya bernama Sirin kepada Baginda saw pada tahun ke-7 hijrah. Al-Maququs bukan nama individu tapi nama bagi tugas atau jawatan, diambil dari bahasa Yunani bermaksud mulia atau mewah. Saidatina Mariah Qibtiah dan Sirin dibawa oleh Hatib bin Abi Balta’ah. Dalam perjalanan ke Madinah Munawwarah Hatib memperkenalkan mereka berdua kepada Islam dan mereka berdua masuk Islam di tangan Hatib bin Abi Balta’ah. Bila sampai di Madinah al-Munawwarah, Baginda saw mengambil Mariah Qibtiah sebagai isteri dan saudaranya Sirin dikahwinkan dengan Hassan bin Thabit. SaidatinaMariah Qibtiah meninggal dunia pada tahun ke-12 atau ke-17 hijrah.

KESIMPULAN

Baginda saw berkahwin ramai lebih daripada empat itu sebelum turunnya ayat yang menghadkan kepada empat orang isteri sahaja sebagai mana firman Allah swt dalam surah al-Ahzab, ayat 52:



Maksudnya: “Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”.

Sumber: FB Ust Rosdi Latif As Syarqawi

0 ulasan:

Post a Comment