Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Kenyataan PMRAM: Keselamatan Terkawal

KUALA LUMPUR: Ibu bapa pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti di Mesir diminta tidak bimbang mengenai keselamatan anak mereka berikutan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sentiasa menghulurkan bantuan selain memantau keadaan mahasiswa Malaysia di negara itu dari semasa ke semasa.

Presiden PMRAM, Muhamad Zuhaili Saiman berkata, tahap keselamatan pelajar Malaysia di negara itu terkawal dan stabil serta tidak sebagaimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Beliau berkata, sesetengah pihak menyebarkan berita agak keterlaluan mengenai keselamatan pelajar Malaysia di Mesir sehingga menyebabkan pihaknya menerima aduan kebimbangan daripada ibu bapa pelajar.

“PMRAM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Kementerian Perpaduan Masyarakat Mesir dan mempunyai hubungan baik dengan pihak keselamatan negara itu dalam menjaga kebajikan pelajar negara ini di Mesir.

“Sehubungan itu, kita sentiasa mendapat bantuan daripada pihak keselamatan di sini, (Mesir) dalam menjaga kebajikan pelajar dan kita menganggap isu yang berkaitan keselamatan yang cuba diperbesarkan adalah tindakan kurang wajar kerana menyebabkan ketakutan kepada waris di tanah air,” katanya melalui satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Harian Metro di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata, semua institusi pengajian di Mesir ketika ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah tidak kira dalam bidang Pengajian Islam mahupun bidang Perubatan.

Katanya, pelajar kini dalam peringkat mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan akhir semester yang dijangka dijalankan awal bulan depan untuk bidang Pengajian Islam manakala peperiksaan bagi bidang Perubatan sudah bermula.

“Sehubungan itu, PMRAM berharap rakyat Malaysia mendoakan kejayaan pelajar di sini (Mesir),” katanya.


Sumber: http://www.hmetro.com.my/





0 ulasan:

Post a Comment