Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat.
Bahagian Aurat
A. Aurat di Khalayak Awam
1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak
2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.
B. Aurat Dengan Ahli Keluarga
1. Aurat Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut
C. Aurat Sesama Jenis (dengan syarat tiada fitnah)
1. Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2. Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
#Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.
D. Aurat Ketika Khalwat di Dalam Bilik (sunyi dari pandangan)
1. Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut
Etika Menutup Aurat
1. Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya.
2. Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.
3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.
4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.
Hukum Melihat Aurat
Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Semua aurat haram dilihat sekalipun seurat rambut perempuan yang telah tercabut dari tuan empunyanya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini.
Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua.
Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki atau pun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.
Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.
Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.
Azab Membuka Aurat
Membuka aurat bererti meninggalkan salah satu dari kewajipan. Azab yang amat pedih bagi mereka yang meninggalkan kewajipan.
Seorang lelaki yang berseluar pendek ketika bersukan, setiap mata yang memandang kepadanya berdosa, dan dosanya yang mendedahkan aurat sama sebanyak mana pasangan mata memandang kepadanya.
Begitu juga perempuan yang mendedahkan kepalanya, setiap seurat rambut yang diperlihatkan akan diazabkan oleh Allah kelak. Bagaimana dengan kesemua rambutnya didedahkan kepada khalayak ramai?
Kewajipan Menegah Kemungkaran
Menjadi kewajipan semua di dalam menegah kemungkaran tersebut. Membuka aurat satu kemungkaran. Wajib ke atas semua sama-sama membendung gejala negatif tersebut dari tersebar lebih meluas tanpa batasannya.
Dari peringkat kekeluargaan, seorang ayah wajib menegah anaknya. Seorang abang wajib menegur adiknya. Seorang pemimpin wajib menegah rakyatnya. Dan semua umat Islam wajib menegur sesama umat Islam di dalam membendung kemungkaran ini, mengikut kadar kemampuan dan keupayaan tersendiri.
Petikan:
http://aki2004.wordpress.com/2009/04/01/aurat-dijaga-maruah-mulia/
Sebab yang menyebabkan seseorang buta al-Quran
1. Malas belajar
2. Malu yang keterlaluan untuk belajar
3. Tidak memandang penting kepada kepentingan dan kelebihan celik al-Quran
4. Merasa telah terlewat untuk belajar disebabkan faktor bekerja dan umur
5. Merasa kesuntukan masa untuk belajar
6. Tiada kesungguhan untuk belajar
Kerugian yang dipikul oleh orang buta al-Quran
1. Tidak dapat menambahkan bekalan akhirat dengan pahala membaca al-Quran
2. Tidak merasa ketenangan jiwa melalui pembacaan dan penghayatan al-Quran
3. Tidak mampu menghulurkan sedekah pahala melalui bacaan al-Quran kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia
4. Tidak dapat merasakan kenikmatan apabila hanya mampu melihat orang lain yang membaca al-Quran
5. Tidak dapat mengisikan Ramadhan dengan memperbanyakkan baca al-Quran
6. Semakin hari semakin jauh daripada al-Quran yang menyebabkan terlibat dengan perkara yang membahayakan diri sendiri dan masyarakat.
Petikan:
http://aki2004.wordpress.com/category/wasiat-pilihan/
بسم الله ليم:
بسم الله ما شاء الله لايسوق الخير الا الله
بسم الله ما شاء الله لايصرف السوء الا الله
بسم الله ما شاء الله ماكان نعمة فمن الله
بسم الله ما شاء الله لا يأتى بالحسنات الا الله
بسم الله ما شاء الله لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
ولا حولا ولا قوة الا بالله العلى العظيم
بسم الله أنم:
بسم الله السميع البصير الذى ليس كمثله شئ وهو بكل شئ عليم
بسم الله الخلاق العليم الذى ليس كمثله شئ وهو الفتاح العليم
بسم الله الذى ليس كمثله شئ وهو العليم الخبير
بسم الله الذى ليس كمثله شئ وهو العليم القدير
بسم الله العزيز الكريم الذى ليس كمثله شئ وهو العزيز الكريم
بسم الله الغفور الرحيم الذى ليس كمثله شئ وهو الغفور الرحيم
فالله خير حافظا وهو أرحم الرحمين
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم