Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Aurat Dijaga Maruah Mulia


Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat.

Bahagian Aurat

A. Aurat di Khalayak Awam

1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak
2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

B. Aurat Dengan Ahli Keluarga

1. Aurat Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

C. Aurat Sesama Jenis (dengan syarat tiada fitnah)

1. Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2. Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut

#Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.

D. Aurat Ketika Khalwat di Dalam Bilik (sunyi dari pandangan)

1. Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

Etika Menutup Aurat

1. Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya.

2. Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.


Hukum Melihat Aurat

Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Semua aurat haram dilihat sekalipun seurat rambut perempuan yang telah tercabut dari tuan empunyanya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini.

Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua.

Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki atau pun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.

Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

Azab Membuka Aurat

Membuka aurat bererti meninggalkan salah satu dari kewajipan. Azab yang amat pedih bagi mereka yang meninggalkan kewajipan.
Seorang lelaki yang berseluar pendek ketika bersukan, setiap mata yang memandang kepadanya berdosa, dan dosanya yang mendedahkan aurat sama sebanyak mana pasangan mata memandang kepadanya.
Begitu juga perempuan yang mendedahkan kepalanya, setiap seurat rambut yang diperlihatkan akan diazabkan oleh Allah kelak. Bagaimana dengan kesemua rambutnya didedahkan kepada khalayak ramai?

Kewajipan Menegah Kemungkaran

Menjadi kewajipan semua di dalam menegah kemungkaran tersebut. Membuka aurat satu kemungkaran. Wajib ke atas semua sama-sama membendung gejala negatif tersebut dari tersebar lebih meluas tanpa batasannya.
Dari peringkat kekeluargaan, seorang ayah wajib menegah anaknya. Seorang abang wajib menegur adiknya. Seorang pemimpin wajib menegah rakyatnya. Dan semua umat Islam wajib menegur sesama umat Islam di dalam membendung kemungkaran ini, mengikut kadar kemampuan dan keupayaan tersendiri.

Petikan:

http://aki2004.wordpress.com/2009/04/01/aurat-dijaga-maruah-mulia/

0 ulasan:

Post a Comment