Keunggulan Zaman

" Kau Hina Semasa Menuntut,
Maka Kau Akan Mulia Semasa Dituntut "

" Jangan pernah takut kehilangan
sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita &
Jangan kau tangisi apa yg bukan Milikmu.."

Si Pendayung dan Professor

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang

lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua

yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan

yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat

kajian.



Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit

air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia

menulis sesuatu di dalam buku.

Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.



Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya

dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah

pantai.



Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur

pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.



"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.



"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak

tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.



Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak

berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?

" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."

Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu

menggelengkan kepala. "Kasihan, Kamu dah kehilangan 50 peratus usia

kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.



Sebagai mana tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.

Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu

dihabiskan sebagai pendayung sampan."

Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.

Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.



Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba

saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan

terbalik.

Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung

sampan itu bertanya,

"Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.



"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata

pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai



Pengajaran dari kisah ini:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi beleum tentu boleh menjamin

kehidupan.

Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu

perkara-perkara penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya

dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak

mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang

diceburi.



Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah

ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk diamal dan boleh digunakan?



“ Sesunggunya Allah swt tidak melihat pada luaran kamu, tidak juga melihat pada harta kamu, akan tetapi Allah swt melihat kepada hati dan amal kebajikan kamu”

0 ulasan:

Post a Comment